Monday, April 18, 2011

mode bola - MengeTEH Bersame... Sham (24)

Salam... sedikit hasil sulung teman menemubual oghang.. itupun ateh didikan Abg Cha.. ikon yob4ever.. selebihnye kome bace di sini: http://www.yob4ever.com/v2/modules.php?name=Content&pa=list_pages_categories&cid=6


Kedatangannya ke Perak tidak dirancang sama sekali. Tujuan asal adalah untuk mendapatkan tempat menjalani latihan industri (practical) dan melengkapkan tesis semester akhir pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda beliau. Namun, tuah ayam nampak di kaki, nama beliau tiba-tiba menjadi sebutan penyokong fanatik bolasepak Perak sebagai salah seorang pemain yang menampilkan aksi konsisten dan mendokong watak penting dalam pasukan Perak.

Itulah Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha’ari atau lebih mesra dengan panggilan Sham. Pemilik jersi bernombor 24 ini adalah tonggak pertahanan tengah Perak musim ini yang digandingkan bersama Khairi Zainuddin dan juga Atong. Mula bermain bolasepak secara aktif sejak peringkat sekolah rendah , Perak adalah pasukan pertama yang diwakili Sham sebagai pemain professional sepenuh masa.

Pernah bermain bersama pasukan bawah umur kebangsaan yang dikendalikan oleh jurulatih K. Rajagopal, Sham berehat sebentar dari arena bolasepak demi mengejar cita-cita bergelar seorang graduan dengan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang Sains Sukan.

Mari ikuti laporan eksklusif temubual bersama Sham yang dikendalikan oleh wanchang , hesome dan Chaeir dalam segmen MENGETEH BERSAME..

Wednesday, April 13, 2011

mode bola - Mereka masih belum 'terajar'

Assalamualaikum...

teman baru balik stadium.. Perak menang 4 0 dengan Kelantan.. sape sangka weh!! League leaders tawww dengan dibarisi beberapa bekas pemain Perak sendiri dan diolah oleh Datuk M Karathu lagik.. Excellent works dari players.. nasib amat menyebelahi kite malam ini YOB!

Macam biasa, apabila melibatkan Kelantan, umumnya semua orang tahu dengan perangai yang sedikit 'kureng' dari segelintir penyokong mereka.. Sebenarnya, bukan Kelantan sahaja, semua pasukan ada golongan yang 'kureng' ini.. Apa yang berlaku di Stadium Perak malam ini, telah berlaku di beberapa venue dan perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan.. Tetapi, kenapakah ia masih berlaku?

Teman secara peribadi melihat perkara ini berlaku atas sebab-sebab kelemahan dan kegilaan sesetengah pihak dalam penganjuran acara ini.. Dalam perkara ini, teman meletakkan tanggungjawab kepada:

1. PAFA sebagai tuan rumah kerana gagal untuk memikirkan dan ambil peduli tentang perkara yang akan berlaku.. Penyokong tidak diasingkan sejak awal dan ia adalah satu 'dosa' utama dalam penganjuran perlawanan bolasepak.. Sepatutnya, kawasan khas disediakan untuk penyokong lawan dengan meletakkan petugas2 sebagai sempadan..

2. Jawatankuasa keselamatan kerana gagal memastikan anggota keselamatan boleh berfikir dan bertindak mengikut situasi bukan arahan semata-mata.. Semasa situasi panas bermula.. terdapat orang awam yang cuba menenangkan keadaan.. YA.. ORANG AWAM! Apabila semakin panas.. pasukan RELA menjalankan tugas dari luar kawasan penonton (ada pagar yang berkunci.. RELA hanya berkumpul dan menjerit-jerit ke arah penonton tanpa masuk segera untuk meleraikan keadaan).. Apabila 'pertempuran' beralih ke luar stadium.. barulah FRU yang penuh dengan alat2 anti keganasan berkawad megah ke pagar yang sama (kemudiannya mereka terkocoh-kocoh berlari ke pintu yang terbuka) dan berdiri penuh bangga di kawasan penonton yang sudah kosong!

3. Penyokong Kelantan yang bertindak ibarat berada di gelanggang sendiri.. Tidak menghormati penyokong tuan rumah dan tidak sedar diri bahawa mereka adalah golongan minoriti di gelanggang lawan.. Provokasi adalah biasa apabila menonton bolasepak di stadium.. jika anda tidak tahan kepada sebarang bentuk provokasi.. silalah menonton bolasepak di Astro Arena saluran 801..

Di antara ketiga-tiga perkara di atas.. 'kemaluan' terbesar adalah pada item 2 yang mana ia menyerlahkan betapa rendahnya keupayaan anggota keselamatan dari segi berfikir secara kritis dan kepekaan mereka terhadap keadaan sekeliling.. Bayangkan apabila RELA berpatah balik dari pintu pagar yang berkunci.. FRU boleh berkawad ke arah pintu pagar yang sama.. bukankah itu KERJA GILA?! Dan kenapakah FRU menunggu hingga keadaan memuncak, baru mereka mahu bertindak (mungkin apabila Malaysia diserang.. FRU ini akan pantau sahaja dan kemudian muncul sebagai hero?)Jawatankuasa keselamatan wajib memberikan justifikasi atas keadaan yang memalukan ini..

Mungkin ramai penyokong Perak yang masih ingat insiden FRU melompat masuk ke kawasan penonton semasa perlawanan Perak menentang MPPJ pada tahun 2006 (kalau tak silap).. kenapa tidak boleh dilakukan sekali lagi hari ini?

Kesimpulan dari teman, PAFA masih tidak belajar tidak terajar.. Jika beginilah tahap penganjuran bolasepak tempatan pada masa ini.. maka inilah tahap kita hingga bila-bila.. kerana COMPETENCY, URGENCY, dan AWARENESS berada di tahap yang hampir terbawah!

Friday, December 24, 2010

mode fameli - pindahnya aku

salam....

huuuu senyap balik... maklum le sibuk dengan keadaan tempat kerja baru... iyeaaahoooooo aku dah balik kampung!!!!

next week... akan pindah secara keseluruhan dari segi fameli dan barang2 penting ke Ipoh... next year?? tunggu cerita selanjutnya...

last but not least... kome dah tengok ke hantu kak limah balikk rumah?? keh keh keh

Thursday, October 28, 2010

mode fameli - nawaitu hampir termakbul

salam...

huuuu.. nawaitu nak Kipoh hampir termakbul.. nunggu ofisyel soghat daghi HR jerr.. pastu berbondong2 ler aku dan keluarga memulakan tapak hidup baru di Ipoh.. semoga Allah memudahkan semua urusan penghijrahan ini..

1 Dec 2010.. atas izinNya.. akanku jejak tempat kelahiranku.. IPOH, tunggu kedatanganku!!!

Wednesday, September 29, 2010

mode ofis - aku nak koje Ipoh

assalamualaikum and a greattt DAY!!!

aku nak pindah ipoh atau teluk intan atau setiawan atau paling jauh tepen.. aku nak menyeteldaunkan family aku di area yang berdekatan dengan famili besor aku.. aku mmg jenih fameli man, makanya aku rasa aku perlu mengukuhkan hubungan kekeluargaan aku dengan fameli aku dan inlow aku...

skrg nie, ada post kosong kat tepen, sebagai trainer/exec school of telecommunication.. topik/skop adalah very technical dan aku mmg takde background technical.. aku berpendapat yang 75% boss2 aku dah agree, cuma sorang yang tak bape agree kerana beliau seorang technical background dan berpegang kepada mitos : there is no chance for non-technical background to jump into technical subject..

bagi aku, tekad aku tinggi untuk berhijrah dan mitos ini adalah salah satu cabaran yang aku kena tempuh untuk mencapai matlamat aku.. yes.. mitos ini menjadikan technical itu sebagai privilage kepada orang di bidang tersebut dan secara tidak langsung merendahkan martabat management/business background.. it's all about concept and practical engineering.. and people with the right attitude will always do their best wherever they are.. and i'll prepare myself to take the challenge, its now up to that person to challenge her principle of life!

true story: ada budak high flyers di universiti tapi bila masuk keje, boss kene duduk sebelah even untuk tulis surat rasmi.. ada budak hanky panky kat universiti, tapi kreativitinya tinggi di tempat kerja.. korang ingat senang ke nak nakal2 kat sekolah/kolej/universiti kalo kreativiti tak tinggi?? kehkehkeh

wassalam

Tuesday, September 28, 2010

mode bola - banyak citerrr

assalamualaikum...

koje dah tak banyak.. so banyak membaca untuk menambah ilmu.. tapi banyak sangat bace kenkadang tuh pening jugak.. 1. mate ngantuk ngadap pc/laptop 2. information overload, byk sgt bahan bacaan yang berkaitan sampai tak tahu nak fokus 3. persepsi orang yang apabila kita rilex membaca blog, bagi mereka itu adalah membuang masa kerana bagi mereka membaca = baca buku.. waddefiysss..

raya baru nie, aku cuti lama.. bermula 28 Ogos sampai la 19 September, ikut kire hari, ada la dalam 23 hari solid molid aku cuti.. seminggu lepak KL 2 minggu solid di Teluk Sareh / Lekir / Ipoh.. terbaik, siap sempat beraya di pasar malam cameron highlands lagik haha.. the best is, kalau aku dari Setiawan ke Ipoh.. aku haram takyah bayar sesen pun tol dan keadaan jalan adalah cantik, dua lane, banyak traffic light jerr.. kalau aku memilih nak bayar tol.. aku akan masuk tol simpang pulai dan exit di tol Ipoh Selatan.. rm1.80 shj.. tadak makan roti jam di jalan, cume gaya pemanduan Ipoh drivers yang angak santai walaupun di lane tengah haha..

semasa cuti raya, sempat jugak aku ke stadium Ipoh, layan Piala Malaysia Perak vs ATM.. game bagi aku biasa jerr.. tak excited sgt pun.. excited pun sebab nak jumpe kenkawan yang 'baikot' liga Malaysia kakaka.. game pun tak menarik tambahan plak bila dpt tau refnye dari Selangor.. takyah sembang la Malaysia nak maju bab bola neyh kalo ref pun jenih kenegerian wakaka.. tapi bab ref nie aku maleh nak kecoh, yang aku nak kecoh adalah bab venue coordinator.. apekah tugas utama venue cooridnator nie sebenonye ekk?? pada aku, bila disebut coordinator nie.. die kene amik tau semua perkara A to Z.. die event coordinator.. die conductor kepada satu persembahan orkestra.. die floor manager even ke bab cleaner pun die kene amik tahu.. dan semestinya bab penyusunan penyokong2 di dalam stadium jugak adalah keje coordinator.. (sorry intro panjang berjela)

yang menghanginkan aku adalah kenapa penyokong2 ATM (diangkut secara beramai2 naik trak, bas, kurang sgt yang datang naik kereta/motor sendiri - minyak bas/trak sape bayar? rakyatttt jugak!)dibenarkan duduk di bahagian atas kawasan berbumbung stadium Perak? siap bawak drum pelbagai, pastu pukul dengan irama yang menjahanamkan gendang penyokong Perak.. last2 macam gumpunk bunyi drum dan gendang dipalu.. sakit telinga jerr.. bukankah di setiap venue dah di allocatekan tempat untuk penyokong pasukan lawan? nape tak arahkan dorang duduk area sane? tak paham tol aku.. makan elaun buterr jer coordinator neyh.. setakat sakit telinge keme maki tuh takde hal punye.. tak tahan kene maki baik dok jerr kat umah tunggu kenkawan apdet wakaka.. mmg semak arr drum ATM mase tuh, bunyi nak soh berkawad pun ada kakaka..

pelngalaman aku mase join fan2 Perak folo team ke sana sini, siap kene sound lagi jgn pukul gendang sebab ganggu VVIP.. cam haram.. dah la masuk free, makan free pastu nak tengok bola dalam keadaan senyap, baik pegi library weh!! aku ingat yang bagi arahan tuh mmg tahap pencacai penjilat aah.. mangang!!skrg nie, fan2 berbayar dibior jerrr pedih telinge gendang udah macam bunyi babun berselang dengan drum.. tuan rumah plak tuh!! cam haremmm...

sekali aku pegi stadium, ada jerr below par punye isu yang aku alami.. jangan sembang pasal kejayaan kalau usaha sekadar di pinggiran.. cheewah... akhir kalam.. bile lah FAM nak dapat presiden baru (dalam erti kata lain?? haha teka arrr.. kang aku tulis, mau aku kene ISA)

wassalam!

Wednesday, August 18, 2010

mode ilmu - mari bersedekah

Kisah benar seorang rakan yang bekerja di TM. Renung-renungkan...

Sekadar berkongsi cerita project2 yg sedang saya jalankan:

a) Satu program penduduk weekend ni meraikan 80 org anak2 yatim dari Kampung Melayu Subang, so sapa2 nak bersedekah, boleh berjumpa atau personally mail kat saya. Sedekah bukannya dlm bentuk wang ringgit sahaja tapi macam2 boleh ie. Sabun basuh, ubat gigi, beras, minyak masak, barang2 dapur etc. No limits.

b) Saya juga mendapat tahu ada satu rumah anak yatim di Kampung Medan yg memerlukan bantuan. Syukur pada Allah kerana gerakkan hati saya untuk telefon Kak Kamariah - penaung tu yesterday. Saya kenal dia melalui satu program yang lepas. Saya memberi salam dan bertanya khabar, macamana puasa anak2 disitu. Kak Kamariah menjawab salam saya, diam seketika dan dgn sedih dia berkata," Dik, makanan semakin berkurangan dan tak cukup jadi kita orang berbuka puasa ngan mee hoon sahaja! Subhanallah - terkejut saya. Makan beehoon ni byk mulut boleh makan. Tambahnya lagi, nak buat macamana katanya, itu saja yg Akak mampu.

Remuk hati saya, mengalir air mata saya. Terbayang depan mata saya makanan berbuka puasa saya semalam. Kita dikurniakan rezeki boleh makan dan beli apa saja sedangkan anak2 seramai 80++ berbuka puasa makan meehoon saja bersulamkan air suam! Saya katakan pada Kak Kamariah supaya jangan risau. Insyaallah ramai akan membantu,

Bantuan emergency telah dihulurkan oleh beberapa pihak sejak semalam tapi jika ada yg masih ingin membantu, boleh melalui saya (akan kesana weekend ni, kalau bukan saya, sahabat saya) atau terus ke:
Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kampung Medan
No.9 Lorong PJS 2C/11C, Taman Sri Medan 46000 Petaling Jaya
03-77814402
Puan Kamariah Lasim cimb a/c 12600001526201

Ini bukanlah kes asing. Byk lagi rumah2 anak Yatim yg senasib begini. Carilah mereka. Remember, for things to change, I must change first! Get out of your comfort zone as its time for you to give back to them. Remember, "Hak mereka ada pada anda", jgn sampai dituntut diakhirat kelak, confirm sangkut! so be a SHAKER and TAKE ACTION!