Salam..
6.05 p.m. 17 April 2006.. berakhirnya kehidupan seorang insan yang akan sentiasa berada dalam diri aku.. pemergian Acik tersayang aku terima dengan redha.. lebih2 lagi apabila aku dapat meluangkan masa bersamanya di saat-saat akhir Acik menikmati kehidupan di dunia ini..
minggu lepas, 8 April 2006, aku buat kenduri doa selamat untuk isteri dan anak yang bakal dilahirkan.. mudah2an semuanya selamat dan berjalan dengan baik untuk aku dan linn menghadapi saat2 kelahiran anak kami.. Acik, pada mulanya tak dapat datang, tapi akhirnya dia datang, drive sendiri bersama Mamat dan Hafiz.. terima kasih Acik.. aku tau die tak berapa sihat.. tapi, die amat gembira.. yalah, siapa pun tidak menyangka hari itu hari terakhir Acik balik ke kampung ketika masih hidup...Acik cerita pasal kebun di Lambor.. cerita pasal kenduri-kendara yang semakin sikit orang datang especially di kampung.. semangat cerita nak makan udang siap suruh Kak Mala masakkan... semangat menjamah makanan bersama aku dan chik..
17 April 2006.. aku ke Taiping atas urusan kerja.. dalam perjalanan, aku singgah di Ipoh, pada mulanya aku nak pinjam laptop Nurul.. end up aku hantar Acik ke Hospital Ipoh pada jam 2.00 p.m. .. aku ikut Acik naik ambulans dari rumah ke hospital.. Acik masih sedar, boleh dengar tapi tak larat nak bercakap.. sepanjang perjalanan ada juga aku bercakap dengan Acik.. aku minta Acik bertahan.. aku tau dia memang kuat.. dan biasa mengalami keadaan sebegini...
Acik selamat dimasukkan ke wd kecemasan, doktor banyak tanya aku pulak tak tau ape.. aku tunggu sehingga makcik datang dan mintak doktor berurusan dengan makcik... 2.30 p.m. aku bergerak ke Taiping.. boss aku marah sebab tak sampai2, program dah bermula.. peduli apa, janji aku tolong Acik.. kesian MAW9953 aku redah 150 km/h.. dari tol jelapang ke tol changkat jering aku amik mase 25 minit jer... GILESS!!
6.15 p.m. .. nurul call... aaaaaaa Acik dah takde..??!!! 1st thing yang aku fikir.. berbaloi aku kena marah sebab aku dapat jumpa Acik.. aku dapatkan bantuan MMC Taiping untuk uruskan peserta2, dan Alhamdulillah mereka sanggup tanpa banyak kerenah.. terima kasih tidak terhingga pada Bro Shahar, Hj Mustapha dan En. Ariffin.. 10.30 p.m. aku balik ke Ipoh... Acik akan di bawa balik ke Teluk Sareh dan dikebumikan di sana..
18 April 2006.. alhamdulillah... segala urusan dapat diselesaikan sebaik sahaja Azan Zuhur berkumandang... syukur pada Ilahi yang memudahkan pemergian Acik... Acik, walaupun dalam setahun hanya 10 hari kita bersama.. Acik insan istimewa dalam hidup aku... buat makcik, ayong, kakyang, ida, faizal dan fatin... jangan sedih, kita akan teruskan hidup di muka bumi ini bersama-sama... doakan Acik ditempatkan bersama orang2 yang beriman
Al-fatihah untuk Allahyarham Mohd Ramli Bin Omar
at least ada 4 minggu lagi sebelum aku bergelar abah/ayah/babah/daddy/papa/walid... biarlah anak aku nak panggil aku apa...
Wednesday, April 19, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)