Saturday, September 13, 2008

80 - 20

salam...

byk kursus dah aku pegi.. sume dok cakap pasal mende nie..
80% kejayaan kita adalah berdasarkan emosi dan kepercayaan kita..
20% sahaja datang dari kemahiran dan strategi..
physical advantage pun termasuk dalam kategori 20% nie..

aku jumpe ramai org yg successful gile2..
dan aku yakin dorang mmg mengamalkan belief dan state yang amat kukuh..
mentor dah ade.. contoh dah ade...
but what is my own limiting belief???

arghhhhhhhhhh... tolong Ya Allah....
berikan petunjuk kepadaku....

Wednesday, September 10, 2008

Kadar Perubahan Teknologi

Dalam satu kursus yang aku attend, speaker menyentuh topik di atas.. katanya, ratio untuk satu teknologi baru wujud dalam sejarah manusia berdasarkan abad/tempoh teknologi baru muncul seperti berikut:

tahun 1000 masihi - 500 tahun 1 teknologi
1500 masihi - 300 tahun 1 teknologi
1800 masihi - 150 tahun 1 teknologi
1900 masihi - 100 tahun 1 teknologi
1950 masihi - 60 tahun 1 teknologi
1970 masihi - 30 tahun 1 teknologi
1980 masihi - 20 tahun 1 teknologi
1990 masihi - 10 tahun 1 teknologi
2000 masihi - 6 tahun 1 teknologi
tahun 2008 masihi - 2 tahun 1 teknologi

maka.. seandainya kita masih menggunakan cara kita dibentuk (conditioning) pada tahun 1970, 80 dan 90 an... maka kebarangkalian untuk kita ketinggalan adalah amat tinggi...

nanti aku elaborate more on this.. sebabnye skrg nie notes tertinggal dalam kete.. tapi kalau aku tak tulis skrg, aku akan lupe..

owh ya... satu lagi method yang die ajar.. kalau kita nak jadikan sesuatu ilmu sebati dalam diri.. tengok dan review balik ape yg kite belajar dalam tempoh 24 jam selepas kita belajar, then repeat pada hari ke-7, sebulan, 3 bulan, 6 bulan dan 12 bulan selepas kita belajar..

so.. renung2kan.. dan selamat beramal

Saturday, September 06, 2008

Bila masa dah nak time

salam...

huuuu tak sesie aku beli laptop baru..
kene plak ade broadband baru..
so bolehlah bermain2 dgn internet di umah..
aku bukan tanak beli awal2 mende2 nie..
aku risau kalau2 dgn adenye gadget2 sedemikian..
maka aku akan mengadap mende2 nie jerr..
so ape nk jadik dgn anak2 aku? ekekekekekeke

sementara menantikan waktu berbuka..
dan untuk mengelakkan aku terlelap..
aku nak memberi cabaran kepada sesiapa pun..
untuk melakukan aksi sebegini..
ekekekekekekekkee

do try this at home

Friday, September 05, 2008

Maka sahlah mereka berbapakan aku

Salam...

setelah hampir 10 hari anak2 kembarku dilahirkan
baru la aku berkesempatan nak register kelahiran diorang nie...
maka berkejaranlah aku ke Jab. Pendaftaran Negara di Hentian Kajang..
melilau jugak nak carik pejabatnye.. dah signage ada kat tepi lift jerr...
aku rase boss JPN Hentian Kajang nie kena lebih mesra pengguna
walaupun aku perasan yang ofis dorang memang meriah dengan pelbagai polistrene..
satu dinding tuh penuh dengan sajak mencari abadi ke hape ke tajuk die
(tu la pun 1st time aku bace.. perghhh perkataan power2 tapi haprak jerr lebih)

Kembar lelaki aku dan lin namakan dengan nama AZRA AZZIDAN
Kembar perempuan plak aku dan lin namakan dengan IZZAH AZZURIN
semoga dengan nama2 nie membawa kesejahteraan kepada putera dan puteri terbaru aku nie..



kepada sesape yang nak dapat anak pertama, sila pastikan dokumen asal dan salinan di bawa ke JPN kalo tak naya jelah nak ulang alik hehehe:

1. Kad Pengenalan Bapa
2. Kad Pengenalan Ibu
3. Sijil Nikah
4. Kad pemeriksaan Antenatal

sesapa yang nak dapat anak kedua dan seterusnya, bawa perkara2 seperti di atas dan tambahan SIjil kelahiran anak sedia ada...

Sekian,

Wassalam