Friday, July 14, 2006

Arghhh sibuknyee


Salam....


huwargghhhhh.. kol 6.04 pm, still aku mengadap pc di ofis.. dengan kerja yang benar2 menyesakkan pemikiran, penglihatan dan pergerakan tubuh badan.. sesungguhnya aku merasakan nikmat multiskilling yang amat tinggi...

owwhh ya.. lame tak mengarang/menulis/merapu di sini... mei dan jun aku tak sempat pun nak menjenguk.. apatah lagik nak mengarang.. dari aku berdua.. sekarang dah ade baby... dari mawi bertunang, sekarang dah putus.. dari erra yusri masih sah suami isteri.. sekarang dah cerai.. (hmmm majlis perkahwinan dijadikan babak dlm filem.. buat duit lagik.. cner nak dapat barakah??)

18 mei 2006, alhamdulillah isteri aku selamat menjalani pembedahan ceaserean (betul ke spelling nie??) dan kami dikurniakan seorang puteri.. nama mase linn pregnant dah berangan nak letak izzah arissa.. tapi disebabkan aku pasan yang nama arissa tuh watak dalam satu cite dalam magazine UTOPIA.. so ditukarkan kepada IZZAH UMAIRAH BINTI MOHD AZWAN..

so mulai hari itu bermula lah hidup aku sebagai seorang BABAH.. alhamdulillah... syiokkk wooo... aku syukur dengan rahmat yang dilimpahi Ilahi.. bukan semua orang dapat rezeki camni... sesetengah kenkawan aku.. nak berkapel pun susah.. papepun.. aku doakan kebahagian dan kejayaan hidup dunia dan akhirat untuk kita semua..

dalam kesibukan aku bergelar babah/ayah/apok/abah nie... World Cup menjelang.. hmm.. dah habis dah pun... ape jadik??? Italy menang dalam situasi yang aku rasa, sampai bila-bila pun bolasepak akan terus bergelumang dengan isu perkauman, perbezaan pegangan dan hala tuju.. lepas World Cup, ranking terbaru FIFA pun dikeluarkan... ape kisah Malaysia??? dari ranking 108.. Malaysia turun ke 146 (kalau tak silap...) perghhh powerr2.. tak sie2 la ade rakyat Malaysia yang jadik Setiausaha Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan coordinator untuk referee2 FIFA... dan berbanggalah kuasa2 di FAMe yang kunun2 rase fames dan glemer sepanjang mase.. mane ade orang tukar format liga tengah2 musim.. keje bangang.. dek sebabkan Pahang dan Selandon corot... sedap2 jerr ubah format untuk kekalkan diroang dalam Liga Super.. kalau camni.. hantar jelah player2 pahang dgn selandon wakil Malaysia... ponggah FAMe!!!!

habis World Cup... berlonggok keje datang kat aku... dengan bermulanya SMARTORANGE project.. hidup aku akan sentiasa bergelumang dengan usaha-usaha meningkatkan kualiti modal insan di TM.. setiap minggu aku outstation..??? wife and kid?? linn akan start keje next week, dan secara otomatik IZZAH UMAIRAH akan diletakkan di bawah jagaan KAK INA.. bukan aku nak lepas tangan.. UMAIRAH terlalu kecil untuk aku dan LINN lepaskan kepada orang lain (nursery/maid/babysitter).. dan kami pun nak berpindah rumah tidak lama lagi insya-ALLAH... jadi.. ipohlah tempat yang sesuai untuk UMAIRAH...

dah la.. dah kol 6.30 pm.. nak balik... next week.. hari khamis jerr ade di ofis.. jumaat hingga ahad aku keje... ARGHHH SIBUKNYEE

2 comments:

Anonymous said...

lorrrrr lamanya tak update..anak mesti dah beso..

Anonymous said...

ish..ish dah bersawang blog daddy umairah ni..kena beli vacuum baru nih! keh keh