Monday, March 24, 2008

Pergi tak kembali: Ghazali Mazlan a.k.a SPAWN

aku dapat email dari sahabat kepada sahabat aku..
jam di mailbox aku tertulis jam 4.20 p.m. 3/18/2008

Dear All
Al-Fatihah.
Our heartfelt condolences and deepest sympathy to the family of Ghazali Mazlan who passed away this afternoon. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberkati Allah serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


Ya Allah.... betape tekejutnye aku.. dah la lame tak jumpe brader aku nie.. last jumpe rasenye mase selebret besday Shawal AF5.. itupun sebab kitorang main futsal untuk Shawal FC, so dorang ajak jugak la muke2 kitorang nie ke majlis tersebut.. itulah last aku jumpe abg Zali atau yg aku panggil dengan name forumnye SPAWN...

dapat jer email nie.. aku call Kak Lin.. nak confirmkan berita nie.. hidup mati jangan buat main wehh!! dan aku call member2 otai yob4ever spt Joe_P dan Jambeso.. setelah 5 6 kali calling2, sms2 dan sebagainye.. maka, sahihlah berita yang sudah pasti ini...

maka kelam kabut lah aku memberitahu kawan2 lain.. dan begitu jugaklah kelam kabutnye aku nak pegi ke Hospital Klang di mana arwah dibawa.. di sana aku sempat menjenguk jenazah arwah yang masih belum dimandikan.. begitu juga selepas arwah disiapkan untuk mengharungi perjalanan ke alam barzah.. arwah dikebumikan di Ipoh, maka aku hanya dapat mengiringi jenazah arwah hingga ke dalam van jenazah...

pada malamnye.. hati aku teramat hiba.. ditambah lagi dengan coretan-coretan otai2 dan ahli2 forum yang mengenali arwah.. mmg tak tertahan air mata untuk mengalir kesedihan.. aku mungkin ada pengalaman yang berbeza dangan forumer2 lain.. tapi aku tak mampu nak luahkan dan coretkan.. korang bace lah kat sini: http://www.yob4ever.com/forum/index.php?showtopic=5533&st=0

aku taktau nak tulis ape dah.. lagi lame aku pk lagi sedih ati aku...

Football unites us all, football makes us care about each another, and its footie brother who'll make us laugh and cry with his destiny..

kepada arwah SPAWN.. thanks for all the memories...
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu...
dan dipermudahkan masa-masamu di alam kubur...
sesungguhnye kamu telah mendahului kami untuk berjumpa Ilahi...

Al-Fatihah

Monday, March 10, 2008

Banyak benda baru...

Salam...



bertemu lagi di arena per'blog'an... dah lame tak menulis... dlm panas2 layan bolasepat tempatan nie... aku rase semue orang lebih panas (ada yg dah sampai tahap menggelegak) dalam bercakap, mendengar dan membace segala macam jenis berita mengenai pilihanraya umum ke 12 (PRU)...


PRU dah pun tamat... (PRU nie macam FRU la pulak.. FRU sinonim dgn tunjuk terer berkawad dlm stediem tatkala perlawanan bolasepak berlangsung) Secara peribadi aku amat berbangga dengan keputusan yang dicapai oleh semua pihak yang bertanding... rumusan pencapaian yang aku banggakan seperti berikut (ranking tidak bermaksud aku pro parti tersebut ye dan ini berdasarkan maklumat2 di dalam internet shj):


1. PAS mengekalkan Kelantan dengan cemerlang
2. BN berjaya mengekalkan Terengganu dengan bantuan 'orang-orang'
3. Negeri-negeri di utara semenanjung banyak dpt MB baru
4. kerusi parlimen kawasan wilayah persekutuan disapu hampir bersih oleh pakatan BR - Barisan Rakyat
5. Ada wakil pawer dari kerusi Parlimen dlm N.Sembilan (pawer ke mamat tuh?)
6. Melaka setie bersame menteri yang same, begitu jugak Johor yang kuat beno rasa ke'UMNO'an mereka
7. Kerusi2 Parlimen di Sabah Sarawak mewujudkan peluang BN dpt majoriti mudah
8. Anak mantan PM menang di Jerlun.. mantap2
9. Iman Hadhari tak menang-menang (permatang pauh dan titiwangsa)
10. Ketua mat rempit penat merempit ke Baling
11. Mat penyapu pasni jual penyapu dan batang penyapu yg dibuat tiang bendera parti