Monday, March 10, 2008

Banyak benda baru...

Salam...



bertemu lagi di arena per'blog'an... dah lame tak menulis... dlm panas2 layan bolasepat tempatan nie... aku rase semue orang lebih panas (ada yg dah sampai tahap menggelegak) dalam bercakap, mendengar dan membace segala macam jenis berita mengenai pilihanraya umum ke 12 (PRU)...


PRU dah pun tamat... (PRU nie macam FRU la pulak.. FRU sinonim dgn tunjuk terer berkawad dlm stediem tatkala perlawanan bolasepak berlangsung) Secara peribadi aku amat berbangga dengan keputusan yang dicapai oleh semua pihak yang bertanding... rumusan pencapaian yang aku banggakan seperti berikut (ranking tidak bermaksud aku pro parti tersebut ye dan ini berdasarkan maklumat2 di dalam internet shj):


1. PAS mengekalkan Kelantan dengan cemerlang
2. BN berjaya mengekalkan Terengganu dengan bantuan 'orang-orang'
3. Negeri-negeri di utara semenanjung banyak dpt MB baru
4. kerusi parlimen kawasan wilayah persekutuan disapu hampir bersih oleh pakatan BR - Barisan Rakyat
5. Ada wakil pawer dari kerusi Parlimen dlm N.Sembilan (pawer ke mamat tuh?)
6. Melaka setie bersame menteri yang same, begitu jugak Johor yang kuat beno rasa ke'UMNO'an mereka
7. Kerusi2 Parlimen di Sabah Sarawak mewujudkan peluang BN dpt majoriti mudah
8. Anak mantan PM menang di Jerlun.. mantap2
9. Iman Hadhari tak menang-menang (permatang pauh dan titiwangsa)
10. Ketua mat rempit penat merempit ke Baling
11. Mat penyapu pasni jual penyapu dan batang penyapu yg dibuat tiang bendera parti

No comments: