Thursday, April 30, 2009

mode hobi - aku bukan kaki pancing

salam...

perghhh lame gile tak bergerak page nie... mahap le kome.. teman sebok bebeno.. tp idak le sesebok oghang yg paling sebok di dunie ini... kome tau sape??? ada 'statement' menyatakan bahawasanya oghang yang paling sibuk di muke bumi ini adalah mereka2 yang tidak sempat untuk menunaikan kewajipan solat 5 waktu sehari semalam... semoga kita semua tergolong di kalangan orang2 yang berIman... amminnnnn...

nak cite banyak pun tak gune.. nie haa last wiken aku ke Teluk Rubiah buat pertama kalinya dalam sejarah umur aku neyh.. selama nie dok pegi Teluk Batik jerr... bestnye Teluk Rubiah nie adalah kerana pantainya menang di kawasan Teluk Rubiah Resort.. ditambah pulak dengan golf course 18 lubang, siap ala2 British Open lagi.. tee-off lubang ke-5 memang betul2 tepi pantai...
nak pulak lagik best.. kat sebelah tee-off tuh plak ada kawasan berbatu.. member aku dah pegi tempat nie 3 4 kali dah.. die pun dah try mancing.. so aku tah cner kali nie terasa amat teracun untuk memancing same.. bayangkan tuan2 dan puan2.. last sekali aku mancing ikan tepi ban depan umah aku mase aku sekolah rendah beb!! mencandat sotong tahun 2004 adalah aktiviti seakan2 mancing yang terlatest aku lakukan... mancing kat pantai mmg tak pernah!!!!

1st session kitorang setat kol 11.30 mlm, 25/4.. pancing punye pancing kitorang lepak sampai kol 3 pagi.. wakakakakaka kol 6.30 sudah kene bangun nak incharge exercise yg start kol 7 pagi.. layannnn!!!!! 2nd session.. tatkala orang dok sibuk wat closing.. kitorang turun lagi sekali kol 3 ptg 25/4 sampai kol 5 ptg... orang abih kursus kitorang pun abis mancing wakakakaka...

dalam 2 session nie.. dapat la aku tarik dekat 10 ekor ikan alhamdulillahhh.. antara ikan2 yg 'tumpas' di tangan aku adalah ikan bolos, karang, gelama, senangin, kerapu (kocik jor) buntal pun dpt ekekekeke... gambar nie time siang lerr.. sessi tghmlm gua lupe nak bawak digicam (majang.. digicam ko dh jd official camera program team building aku wehhh :P)

nie la kerapu yg aku dapat ekekekee.. kecik kan?!

hasil tangkapan tengah pagi

Faizry dan ikan bolos beliau
nampak macam expert abih.. tau la ko ninja faizry oihhh

Wednesday, April 08, 2009

mode gossip - berjuangan baru bermula

salam...

syukur alhamdulillah.. PR menang di dua bukit BiEnd dapat Batang jerrr... ape barangggg ekekekekeke...

pasni... bagi balik Perak kat rakyat... kegajahnya Sultan sedap2 jerrr decide untuk seluruh 1.5++ juta rakyat negeri Perak... Kalo BiEnd ada tolorrr... kasik bubar la itu DUN!!

sorry PBPSISTA.. presiden kome takde t3lor... gebang bukan main kencang nak debat perdana dgn husam... sekali batang idung pun tak nampak.. apatah lagik batang2 yang lain.. wat malu majistret mahkamah syariah Ipoh jerrrr...

Wednesday, April 01, 2009

mode ilmu - kenapa nak malas jugak??

Salam...

banyak plak artikel2 menarik yang aku jumpa.. cam best sangat.. semoga memberi manfaat kepada semua yah!!..

5 tips bagaimana mengatasi sikap malas.

Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Disini disenaraikan 5 tips yang boleh digunakan.

1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya. Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda 'sakit' dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.

4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi teman dan diminati ramai..Hoho..

5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

mode ilmu - wanita istimewa vs wanita malang

salam...



satu lagi artikel daghi blog ybLim http://idhamlim.blogspot.com .. sila baca dengan teliti...



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



6 JENIS WANITA MALANG “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”



Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.