kepada saudara2 seIslamku.. alhamdulillah kita lahir sebagai seorang Islam.. tapi tu la.. kadang2 non-muslim pun lagi baik fe'el dan perangai berbanding kita yang Islam nie.. pasal ape?? pasal kita Islam keturunan.. maybe bagi sesetengah kita still tercari-cari hikmah sebenar sebagai seorang islam..
aku ade pergi satu kursus.. dlm kursus nie diceritakan berkenaan hikmah di sebalik Rukun Islam yang 5.. aku nak share sket, zoom into topik Solat...
1. Dalam sehari ada berapa rakaat kita solat? taktau? ada 17 rakaat keseluruhannya.. adakah kita kalau solat zohor yg 4 rakaat, kita akan buat 3 sahaja? TIDAK!! maka kita Jujur dalam mematuhi tuntutan menunaikan solat wajib..
2. Solat adalah perkara wajib kita sebagai individu.. maka ia adalah TANGGUNGJAWAB kepada kita..
3. Kenapa kita solat? apa matlamat kita solat? kita nak pahala kan? kita nak dapt syurga Allah kan? maka itu adalah WAWASAN hidup kita di dunia yang sementara ini.. ada ke orang hidup untuk masuk neraka?? na'uzubillah
4. Solat wajib ada waktu2 tertentu yang kita perlu ikuti.. hatta sesetengah solat sunat kita takleh buat jika tidak kena pada waktunya.. maka kita patuh dgn waktu2 yang ditentukan.. di sini adalah elemen menDISIPLINkan diri kira..
5. Kenapa bila solat jemaah pahala berlipat kali ganda? kita selalu digembar-gemburkan dengan konsep teamwork.. solat jemaah tu bukan teamwork ke? ada leader (Imam) dan followers (makmum).. ada muazzin.. ada to siak.. maka adanya elemen KERJASAMA
6. mase kita betul2kan saf semasa nak solat jemaah.. agak2nye ada ke kita fikirkan 'siapalah yg berdiri kat sebelah aku nie?'.. aku yakin takde sape pun yg bertanya mase tuh.. kalo sebelah kita foreigners pun takde masalah.. maka pada masa itu kita tidak membeda2kan orang2 di sekeliling kita.. kita bersikap ADIl terhadap semua manusia..
7. finally, penamat adalh memberi salam.. mmg lah orang sebelah kita tidak akan menjawab salam.. tapi kita melihat kepada orang di sebelah kanan dan kiri kita.. kita PRIHATIN dengan suasana sekeliling kita...
so.. cekidaut solat wajib kita... on time ke tidak.. ke tak on langsung.. kalau rase sibuk sgt dgn urusan dunia.. ingatlah bahawa dunia nie kejab jerrr.. sedar tak sedar kita dh di alam kubur.. moga2 segala kesalahan kita mendapat keampunan Allah sebelum kita mati...
"sesungguhnya Solat itu mencegah dari kejahatan dan kemungkaran"
No comments:
Post a Comment