Assalamualaikum...
teman baru balik stadium.. Perak menang 4 0 dengan Kelantan.. sape sangka weh!! League leaders tawww dengan dibarisi beberapa bekas pemain Perak sendiri dan diolah oleh Datuk M Karathu lagik.. Excellent works dari players.. nasib amat menyebelahi kite malam ini YOB!
Macam biasa, apabila melibatkan Kelantan, umumnya semua orang tahu dengan perangai yang sedikit 'kureng' dari segelintir penyokong mereka.. Sebenarnya, bukan Kelantan sahaja, semua pasukan ada golongan yang 'kureng' ini.. Apa yang berlaku di Stadium Perak malam ini, telah berlaku di beberapa venue dan perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan.. Tetapi, kenapakah ia masih berlaku?
Teman secara peribadi melihat perkara ini berlaku atas sebab-sebab kelemahan dan kegilaan sesetengah pihak dalam penganjuran acara ini.. Dalam perkara ini, teman meletakkan tanggungjawab kepada:
1. PAFA sebagai tuan rumah kerana gagal untuk memikirkan dan ambil peduli tentang perkara yang akan berlaku.. Penyokong tidak diasingkan sejak awal dan ia adalah satu 'dosa' utama dalam penganjuran perlawanan bolasepak.. Sepatutnya, kawasan khas disediakan untuk penyokong lawan dengan meletakkan petugas2 sebagai sempadan..
2. Jawatankuasa keselamatan kerana gagal memastikan anggota keselamatan boleh berfikir dan bertindak mengikut situasi bukan arahan semata-mata.. Semasa situasi panas bermula.. terdapat orang awam yang cuba menenangkan keadaan.. YA.. ORANG AWAM! Apabila semakin panas.. pasukan RELA menjalankan tugas dari luar kawasan penonton (ada pagar yang berkunci.. RELA hanya berkumpul dan menjerit-jerit ke arah penonton tanpa masuk segera untuk meleraikan keadaan).. Apabila 'pertempuran' beralih ke luar stadium.. barulah FRU yang penuh dengan alat2 anti keganasan berkawad megah ke pagar yang sama (kemudiannya mereka terkocoh-kocoh berlari ke pintu yang terbuka) dan berdiri penuh bangga di kawasan penonton yang sudah kosong!
3. Penyokong Kelantan yang bertindak ibarat berada di gelanggang sendiri.. Tidak menghormati penyokong tuan rumah dan tidak sedar diri bahawa mereka adalah golongan minoriti di gelanggang lawan.. Provokasi adalah biasa apabila menonton bolasepak di stadium.. jika anda tidak tahan kepada sebarang bentuk provokasi.. silalah menonton bolasepak di Astro Arena saluran 801..
Di antara ketiga-tiga perkara di atas.. 'kemaluan' terbesar adalah pada item 2 yang mana ia menyerlahkan betapa rendahnya keupayaan anggota keselamatan dari segi berfikir secara kritis dan kepekaan mereka terhadap keadaan sekeliling.. Bayangkan apabila RELA berpatah balik dari pintu pagar yang berkunci.. FRU boleh berkawad ke arah pintu pagar yang sama.. bukankah itu KERJA GILA?! Dan kenapakah FRU menunggu hingga keadaan memuncak, baru mereka mahu bertindak (mungkin apabila Malaysia diserang.. FRU ini akan pantau sahaja dan kemudian muncul sebagai hero?)Jawatankuasa keselamatan wajib memberikan justifikasi atas keadaan yang memalukan ini..
Mungkin ramai penyokong Perak yang masih ingat insiden FRU melompat masuk ke kawasan penonton semasa perlawanan Perak menentang MPPJ pada tahun 2006 (kalau tak silap).. kenapa tidak boleh dilakukan sekali lagi hari ini?
Kesimpulan dari teman, PAFA masih tidak belajar tidak terajar.. Jika beginilah tahap penganjuran bolasepak tempatan pada masa ini.. maka inilah tahap kita hingga bila-bila.. kerana COMPETENCY, URGENCY, dan AWARENESS berada di tahap yang hampir terbawah!