Monday, April 18, 2011

mode bola - MengeTEH Bersame... Sham (24)

Salam... sedikit hasil sulung teman menemubual oghang.. itupun ateh didikan Abg Cha.. ikon yob4ever.. selebihnye kome bace di sini: http://www.yob4ever.com/v2/modules.php?name=Content&pa=list_pages_categories&cid=6


Kedatangannya ke Perak tidak dirancang sama sekali. Tujuan asal adalah untuk mendapatkan tempat menjalani latihan industri (practical) dan melengkapkan tesis semester akhir pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda beliau. Namun, tuah ayam nampak di kaki, nama beliau tiba-tiba menjadi sebutan penyokong fanatik bolasepak Perak sebagai salah seorang pemain yang menampilkan aksi konsisten dan mendokong watak penting dalam pasukan Perak.

Itulah Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha’ari atau lebih mesra dengan panggilan Sham. Pemilik jersi bernombor 24 ini adalah tonggak pertahanan tengah Perak musim ini yang digandingkan bersama Khairi Zainuddin dan juga Atong. Mula bermain bolasepak secara aktif sejak peringkat sekolah rendah , Perak adalah pasukan pertama yang diwakili Sham sebagai pemain professional sepenuh masa.

Pernah bermain bersama pasukan bawah umur kebangsaan yang dikendalikan oleh jurulatih K. Rajagopal, Sham berehat sebentar dari arena bolasepak demi mengejar cita-cita bergelar seorang graduan dengan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang Sains Sukan.

Mari ikuti laporan eksklusif temubual bersama Sham yang dikendalikan oleh wanchang , hesome dan Chaeir dalam segmen MENGETEH BERSAME..

3 comments:

DKosongLapan said...

gile key elllll

Papa Chang said...

buu.. kalo terer.. Perakkan atikel ini kekeke

Anonymous said...

When someone writes an artіcle he/she retains thе thought
of а uѕег in his/heг brain that hоw a uѕer cаn be аwaгe οf it.
Thereforе that's why this paragraph is outstdanding. Thanks!

Feel free to surf to my blog; hcg snohomish