Friday, June 29, 2007
Bape Kali nak Main BANGSAT
aku masuk stadium setelah ada sahabat2 berjaya memecahkan pintu pagar nak harap dapat tiket, 2nd half pun belum tentu dpt masuk.. mase tuh dah minit ke-20 permainan.. sepanjang 10 minit memang tiada gerakan yang membimbangkan... dan ini ape yang aku sempat draf dlm 1st half:
m30- nantha tak clear bola (mistake lagi) Jamaica(JAM) free di sebelah kanan gola Malaysia(MAS) try yang baik tapi cross pintu gol jerr
m34- JAM dpt yellow card takel hardi, dari fri kik bola dipass ke farhan.. farhan shoot tapi membias dan korner.. dan dari korner takde pape.. hardi out masuk safee.. straiker terbaik Malaysia mase kini!
m43- Hafiz zamani out masuk Fazli Shaari.. perghhh ramai betoi player tim2 makmur dan ehsan FAMe nie
m44- dari free kick dari tempat sendiri, JAM melambungkan bola dan ditanduk cantik oleh JAM no-9.. GOLLLLLLLLLLLLLLLL.. fazli shaari celen tanduk takat bahu jerr ekekekeke
m45++- JAM dapat korner.. bola tuh bola kiper.. kuar la bang tapi die tak kuar.. papp bola ditap JAM no-9 dan GOLLLLLLLLLLLLLLL... abih 1st half..
mase break... pegi beli minuman sat... dgn harapan kalo buat sesuatu yang tak biase dibuat di stadium.. boleh la MAS dapat gol.. sekali Joe_p nak beli kat kedai melayu... punye le manis ayor mate kucingnye.... perghhhhhhhhh
dan ini catatan diari 45 minit 2nd half:
10 minit pertama takde mende..takde percubaan yang benar2 bahaye dan signifiken dari kedua2 pihak
m56- eddi helmi dan farhan out masuk ivan dan arul
m57- dapat korner setelah try dari shukor dihalang.. arul amik.. tapi lembik sgt abih kene maki ekekekekm
58- JAM dpt freekick ditanduk oleh sape tah dan out.. selamat pintu gol MAS
m61- Safee dpt bola dari arul.. turn yg baik dari striker prestasi terbaik mase kini dan try tepat ke kiper
m62- nantha out sambil diiringi sorakan kegembiraan penonton2 (ramai tak suke care nantha main).. zafuan masuk
m64- hantaran satu due yg menarik dari midfield pasukan tangge ke bape liga super tah.. fazli lepas tapi sambil diasak defender JAM die try jugak dan hasilnye... KELAUUUTTTTTTTTTTTTTTTT
m70- arul pass kepade hairudin, hairudin cross ke tengah.. free header untuk safee tapi striker prestasi terbaik mase kini pejam mate kot kiper save rilex jerr
m71- hasil serangan balas, no 7 JAM rasenye buat rembatan menarik yang singgah di palang gol MAS dan outtt
m77- safee dpt bola dan berjaya pass kepada arul yang selamat dari offside trap.. shooting yang baik dari arul tapi bola ditepis kiper JAM lalu singgah di tiang gol.. korner kick.. difen JAM clear dan melancarkan serang balas.. dorang plak dapat korner.. dari korner JAM, Botak NIsam clear atas line.. kalo tak kompom 0-3
m78- Indra in out Hairudin.. penonton2 bersorak girang.. macam la indra ganti boleh dpt gol.. ekekeke
m85- control yg baik dari arul.. pass kepada indra yang dummy bola ke shukor.. try on target dan kiper JAM save..
m87- MAS freekick.. indra amik.. kelauutttttttttttttt
m90++ MAS freekick lagik.. sekali lagi indra amik... kali nie kelangit terussss bola tak jatuh2 wakakakakaka...
kesimpulan mlm tadi...
1. MAS bakal menjadik tuan rumah yang tak layak ke pusingan kedue (100%)
2. MAS bakal menjadik tuan rumah paling sikit menjaringkan gol (80%)
3. MAS bakal menjadik tuan rumah tercorot (100%)
positip????:
1. byk la shooting dari jauh yg tak bahaye langsung..
2. 20% sahaja pergerakan solo yang melebihi 20 meter dari player MAS.. 80% lagi, tahan, tolak ke depan sket.. dan passing kawan.. bagus SEMANGAT BERPASUKAN
3. gol malam tadi berpunca dari set-pieces (korner dan freekick).. tiada gol dari open-play
Friday, June 22, 2007
Umairah's first stadium visit
memandangkan gem nie tak kompetitif dan keputusan dah dijangkakan (Malaysia kalah).. aku tak teruja sangat nak menghayati gem nie.. so aku sambil diganggu Umairah dan mamanye yang habis 1st half dah nak balik... aku buat sedikit catatan seperti berikut:
Monday, May 28, 2007
Madah Asyik Berhelah
Buat kerja tak sudah sudah…
Badan longlai kaki rase lemah…
Nak berjalan jauh demam belum kebah…
Punyalah banyak masalah…
Ntahapehapentahhhhhh….
Cite bola semua nak mencelah…
Dari kabinet sampailah budak belum sekolah..
Ini semua Man Utd punya pasallah…
Sampai jadi Asia punya masalah…
Ntahapehapentahhhhhh….
Isu pokok sesiapa pun tak ambil kisah..
Masing-masing kononnya pandai menunjuk arah…
Dengan harapan kuasa tempatan laku dan gagah…
Tak sedar badan dunia kuasanya ditauliah…
Di mana-mana ceruk dan segala celah…
Sekarang kata orang lain tak tahu beralah…
Walhal sendiri yang mencari masalah…
Ntahapehapentahhhhhh….
Ingatkan dengan pangkat boleh nak megah-megah..
Tapi dunia luar pandang endah tak endah…
Patut la bola sepak tahapnya semakin rendah…
Boleh nak kata hampir cecah ke tanah…
Nasib baik Timor Leste yang baru bebas dari penjajah..
Kalau tidak ‘kompom’ duduk di bawah..
Itu la, siapa suruh cari masalah…
Ntahapehapentahhhhhh….
Tak ingat ke Lebai Malang punya ‘sejarah’…
Ke hulu ke hilir nak makan bertambah…
Negara merdeka 50 tahun dah…
Yang jadi pemimpin gaya masih macam kene jajah…
Ape ke jadah..?? sudah-sudahlah…
Takkan nak diulang dulu-dulu punya sejarah…
Orang hantar keluar negara, tak habis belajarkah…
Atau terlebih belajar, sampai semuanya nak diredah…
Ingat balik susur galur dan aliran darah…
Kita bukannya jenis tak tahu membantah…
Jangan sampai tergadai maruah dan tanah…
Akhir kata dan madah…Isu ini memang isu Ntahapehapentahhhhhh….
Skuad Sukan Sea Korat LA!!!
Melihat kepada nama yang diberikan kepada skuad ini, penulis merasakan sesuatu yang amat hebat, gemilang, penuh warna warni dan persaingan tahap tertinggi. Iyalah, skuad ini dinamakan sempena satu temasya sukan terunggul di dunia. Walau bagaimanapun, skuad bimbingan individu yang diberi kuasa dan mandat oleh badan pengurusan bola sepak negara ini bagaikan tidak mencapai tahap dan piawaian sebagai sebuah pasukan yang berjuang melayakkan diri ke temasya sukan tersebut.
Penulis berpeluang ke stadium MBPJ untuk menyaksikan skuad ini beraksi di tempat sendiri pada perlawanan pusingan kelayakan. Pada perlawanan pertama yang berkesudahan skuad negara tewas 1-2 di tangan Jepun, ada sinar-sinar kebangkitan dan kemajuan pada skuad ini. Tambahan pula skuad ini berjaya mengalahkan Hong Kong di tempat lawan sebelum itu. Perlawanan kedua, di saat-saat peminat setia bola sepak tempatan mengharapkan kemenangan, skuad ini tumpas secara total kepada Hong Kong dengan keputusan 0-1.
Apabila perlawanan ketiga menjelang tiba, penulis amat berat untuk ke stadium sekali lagi atas alasan skuad ini telah melepaskan peluang yang terhidang cantik di depan mata apabila tewas perlawanan sebelumnya. Mujurlah ada rakan-rakan penulis yang masih bersemangat untuk menyokong skuad pelapis negara. Akhirnya, dalam perlawanan menentang Syria yang berkesudahan seri 0-0, penulis turut menontonnya di dalam stadium. Ada bezanya sedikit dari kunjungan-kunjungan sebelumnya. Penulis duduk bersebelahan tempat duduk utama di belakang bangku simpanan skuad negara.
Sepanjang perlawanan skuad negara menentang Syria, terdengar jeritan-jeritan semangat kepada para pemain. Tidak kurang juga suara-suara kekecewaaan yang berbaur kemarahan oleh penyokong-penyokong yang meragui prestasi semasa para pemain. Semua itu asam garam permainan bola sepak. Semua peminat tahu bahawa bola sepak adalah permainan yang memberi impak besar kepada emosi seseorang. Apatah lagi penonton dan peminat mengeluarkan wang untuk datang ke stadium dan membeli tiket untuk menonton perlawanan. (Lainlah jika yang masuk ke stadium itu secara percuma, mungkin ahli keluarga salah seorang pemain ataupun cuma bernasib baik diberi tiket ‘complimentary’ yang terlebih cetak!!).
Setelah melihat sendiri di stadium ketiga-tiga perlawanan peringkat kelayakan, penulis merasakan bahawa memang ini sahajalah produk yang mampu dihasilkan oleh badan pengurusan bola sepak professional negara kita. Penulis merasakan perubahan drastik dari segi prestasi dan daya saing tinggi di kalangan pemain-pemain yang bergelar professional tidak mampu diolah dalam tempoh terdekat. Bola sepak negara sekadar cukup-cukup makan sahaja (hatta perjalanan liga ‘professional juga diuruskan sesedap rasa!). Aah, jika difikirkan secara mendalam, tiada apa yang penulis dapat lakukan kerana ruang pengaruh penulis tidaklah seberapa besarnya. Yang luas hanyalah ruang prihatin. Cukup! Mari berbalik kepada cerita asal!
Skuad Olimpik, kita tahu siapa jurulatihnya. Seorang yang telah lama berkecimpung dengan dunia kejurulatihan (atau lebih baik disebut ‘negara’ kejurulatihan kerana belum sampai ke tahap dunia). Penulis terpanggil untuk bercerita mengenai beliau kerana penulis amat berminat dengan ulasan, kata-kata, kenyataan yang beliau lafazkan kepada penulis-penulis dan wartawan-wartawan sukan bertauliah semasa sidang akhbar selepas perlawanan menentang Syria. Antara perkataan yang beliau sebutkan dengan penuh emosi adalah “kita tidak setaraf Syria, kita hanya bertaraf Asia Tenggara”, “pasukan ini disediakan untuk Suka Sea Korat”. Mungkin ada lagi yang diperkatakan, tetapi tidak disiarkan oleh pihak media massa yang mendapat pass masuk ke sidang akhbar tersebut.
Pada pendapat penulis, kata-kata sebegitu tidak patut diluahkan oleh seorang yang bergelar jurulatih. Jika individu yang membimbing pelapis-pelapis ini mempunyai tahap pemikiran sebegini, bagaimana pula dengan mereka yang berada di bawah bimbingannya? Bukankah kita perlu menanamkan kepercayaan dalam diri bahawa kita setaraf dan mampu bersaing dengan negara lain? Jika semangat Asia Tenggara sahaja yang ada pada pemain-pemain, memang itu sahajalah yang mampu mereka lakukan!
Menurut beliau, sejak awal lagi skuad ini dipersiapkan untuk menghadapi Sukan Sea Korat. Jika benar itu matlamat utama, mengapa skuad ini tidak dinamakan sebagai skuad Sukan Sea Korat? Kenapa dalam perlawanan-perlawanan peringkat kelayakan Sukan Olimpik Beijing 2008 ini, hampir 90 peratus pemain yang dipanggil adalah pemain-pemain yang sama? Kenapa tidak membuat percubaan secara menyeluruh dengan memanggil lebih ramai pemain? Dari sudut yang lain pula, kenpa digembar-gemburkan bahawa skuad ini mempunyai peluang untuk layak ke pusingan kedua kelayakan Olimpik? Adakah atas alasan pemain-pemain telah menunjukkan tahap prestasi yang amat baik, atau semata-mata memberi harapan kepada penyokong setia bola sepak negara?
Itu baru perihal jurulatih yang mempunyai keyakinan tinggi dan kepercayaan penuh bahawa skuad ini akan dapat meraih kejayan Sukan Sea Korat nanti (Apakah ukuran kejayaannya, marilah kita sama-sama nantikan!) Bagaimana pula dengan badan pengurusan bola sepak negara? Di saat skuad Sukan Sea Korat menentang Syria, pihak pengurusan pula amat sibuk bermain tarik tali bersama-sama FIFA, AFC dan kerajaan Malaysia berhubung lawatan Manchester United ke sini pada bulan Julai nanti. Hinggakan pada hari perlawanan menentang Syria tiada langsung berita mengenai perlawanan ini di dalam akhbar harian. Di manakah fokus pihak pengurusan pada masa ini, adakah kejayaan skuad Sukan Sea Korat, lawatan Manchester United ke negara ini (ramai pelancong asing yang akan hadir!), Piala Asia (tiada pelancong asing rasanya) atau publisiti murahan di peringkat antarabangsa?. Tanya pihak pengurusan dan mereka yang terlibat secara langsung, tidak langsung, di pentas utama atau di belakang pentas. Mereka sahaja yang mengerti hala tuju sebenar perjuangan yang mereka hadapi.
Cukuplah setakat ini kerana jika difikirkan lebih mendalam, lebih banyak ketidakpuasan akan dirasai. Kata-kata penulis hanya laku di kedai kopi dan di kalangan ruang pengaruh yang amat kecil. Tiada apa yang dapat penulis lakukan untuk mengubah senario bola sepak tempatan, selain dari terus menyokong skuad negara beraksi di tempat sendiri secara berbayar (tiket percuma hanya sekali sekala). Tidak perlu penulis memberi idea-idea bernas kerana mereka yang berkuasa lebih arif dalam mencorak bolasepak negara. Hakikatnya, tiada harapan untuk untuk bola sepak kita menyinar dalam masa yang singkat, selagi pengurusan dan pembimbing generasi pelapis masih selesa duduk di bawah tempurung. Akhir kata, ‘HARAPAN PELESU’ semata-mata.
Thursday, April 19, 2007
Harapan Palsu Semata-mata
aku post mesg2 keciwa aku dlm y4e nie... malas nak tuleh n pk 2 3 kali
1. hmmm... tgk la caghe main semalam...semangat??? langsung takdak...beghakei???? lagik la takdak...misi semalam gagal...kemenangan di hongkong spt biase..membeghi harapan palsu kepada fan2 bolasepak tempatan..
2. teman ghase peminat2 bolasepak tempatanyang ade astro..kalo takde hei sure layan gem nie semalam...tak tau le ape yg kome nampak...mengikut kighaan teman dgn kemborr teman smlm1st haf, m'sia ade 2 jerr percubaan on target dan 2 off target 2nd haf on target tak lebih daghi sebelah tapak tangancamni ke main depan penyokong sendighi??camni ke tim yg nak dihaghap pegi jauh??
alasan dan stetmen yg dah siap sblm gem daghi coach:
1. player baghu dikumpoi seminggu
2. key players ghamei injed
3. Pendedahan pada pemain
4. Tim nie target Sukan Sea
sume tuh stetmen dan koje oghang bodoh.. oghang yg tanak bertanggungjawab..oghang mentaliti lemah..oghang yg tak beghani target jauh sbb nak jage peghiuk nasi...same la jugak dgn yg memegang tampuk dan duduk di kerusi2 empuk..lawan jepun dgn syria.. teman setuju pendedahan bergune..lawan hongkong??!! pendedahan bagus di tempat lawan tapi jadi tak bergune di tempat sendighi..bak kate deeno.. kite akan sayang tim Malaysia...tapi yang ade bakat lebih daghi kite nie..yang ade peluang lebih daghi kite nie..betoi ke deme sayangkan Malaysia..atau sayangkan duit jerr??!!!! teman mmg keciwa...
demmmmmmmmm.... go to H*^#@@! la FAM
habis duit rakyat jerrr!!!!!
Friday, April 13, 2007
Selepas cuti
Friday, March 30, 2007
masyuuukkkkkkkkkkkk
huuuuuuuuu jauhnye menung...
boring la hari nie.. pale otak dah set holiday mode dah nie...
ape nak tulis ekkk?? takde pape kot... kesimpulannye:
1. minggu nie sibuk dengan keje kat ofis...
2. minggu nie sibuk dengan futsal y4e
3. minggu nie sibuk dengan bowling kelab TM
dan yang paling best... minggu nie masyuukkkkk.. dpt duit bonus dan claim... kuikuikui.. ade la extra duit gie cuti2 nanti
Thursday, March 22, 2007
Mari Membolen.... (bowling la tuh)
Wednesday, March 14, 2007
NS Naza 2 - 2 Perak
Friday, March 09, 2007
Tour de Borne0 2007
aku rase ade kenkawan aku yang tertanye2, apekematludahmenantusatimdimannye aku asik pegi ke borneo nie?? haaaa.. last time aku pegi kuching, ade kursus.. begitu jugak mase aku pegi kk minggu lepas (26-28 Feb 07) atas urusan kursus.. kali nie.. atas urusan meng'assist' paw dalam mengendalikan EAP Practitioner Assessment.. maleh nak cite pasal mende nie.. korang taktau pun take hehe..
6 Mac 2007: seperti biase.. atas sebab terpengaruh sangat dengan Amazing Race Asia.. aku dan paw naik Air Asia.. dari KL ke Kuching jam 11.40 pagi, 6 Mac 2007.. sampai di Kuching.. amik teksi dan cek-in di Merdeka Palace (thanks to watie from cintai travellers for all the arrangement you made..) lepak2 jab tido2 sejam due.. aku dan paw melangkah penuh gaye ke waterfront.. saje2 amik angin sungai di waktu petang sambil makan burger..(sedap burger tuh.. sorang makan due lagik.. tapi jadik tak best sbb ade plak bapuk jeling2 kunun manje abes.. werghhkkkkk) .. dan sempat jugak la aku beli kayu pua.. abih lepak.. paw pun isap dekat setengah kotak rokok.. balik ke hotel.. sambung tido.. muakakakaka..
setel tido.. dlm kol 7.30 member paw (koeq & zue) dtg amik.. bawak kitorang makan kat kedai kampung mane tah.. yang pasti lalu depan umah family camelia (penyanyi, pelakon, model, socialist tuh).. aku blasah nasi aruk istimewa.. aku ingatkan ape yg istimewa.. ghupa2nya die letak setengah ekor terubuk masin.. muakakakaka rase macam makan nasi masin wehh!!! abih makan.. kamekoghang di bawa ronda2 bandar kuching.. aku folo jer, maklumla takyah bayar tambang muakakakaka.. banyak jugak tempat2 menarik kat kuching nie.. yang best.. ada plak sorang lagik haji yang tempatnye macam lorong haji taib.. kat kuching nie.. lorong haji tahar namenye muakakaka .. tau name jerr tak pegi aaaa....jalan punya jalan.. kol 10.00 balik hotel.. iron2 baju.. tidoq... lena betoi... abih cite..
7 Mac 2007: paw beriyer2 bgtau nak pegi Multimedia College (MMC) Kuching kol 8.30.. sekalik.. kol 8.15 baru bangun.. kunci jam beriyer2 tapi aku yg sedor.. chaiitt!!! so siap2.. makan2.. cek-out terus, kol 9.30 sampai mmc.. hmm sume orang takdak sebab ceo dtg ke ipk di simpang 3.. so aku dan paw wat2 pandai jelah di sane.. session start @ 9.oo n abis dlm 1.00 p.m... aku dan paw cek-in di hostel mmc plak.. takat nak lepa2 kejab mandi-mande kire dah ok la.. dlm kol 3.00.. koeq & zue datang amik... pegi la pusing2 town kejab.. pastu bergerak ke Damai, di mane lokasi seperti gambar dia atas berade.. sebenarnye aku yang beriye2 nak ke sane ekekekekeke...
sampai kat sane.. mmg aku rase best la.. dah la susah bena nak nampak shape gunung tuh yang dikatakan bak muke puteri santubong.. nampak memang la nampak juwak tapi aku lebih nampak shape seorang tue yang takde gigi hehehehehe.. isskk bkn la aku nak menafikan cite lagenda tuh.. tapi aku nampak camtuh.. so.. different view and different perspective aaa please respect :p.. 1st stop kat situ.. damai lagun.. zue dgn over komfidennye cakap bleh masuk.. 'wat derk jerrr..' kate die lah.. sekalik nak turun beach.. security suda panggil daa... muakakakakaka ala bukannye mamat tuh kenal kamekorang pun hahaha.. pastu.. singgah jab ka depan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak.. mmg best la tempat die.. bile dah sampai situ.. rase rugi plak tak masuk.. tapi dah petang, kaunter tiket pun dah tutup.. so amik gambar kat pintu masuk jelah... next.. pegi plak kampung santubong.. kampung nie mengadap laut.. siap nampak gugusan kepulauan talang salang.. (ke satang??!!) dan berbackgroundkan gunung santubong.. sesape tak penah dok kampung macam nie.. mmg rase best la.. orang kampung tuh mmg wat taktau jerr ekekekeke.. amik2 gambor.. amik2 video.. then gerak balik ke mmc.. amik barang.. cabut ke airport...
flight ke kk kol 9 mlm.. sampai kk kol 10.30 camtuh.. sampai berjaya palace plak kol 11.. dah cek-in.. due2 orang kelaparan.. so aku dan paw turun ke karamunsing.. ngile betul kol 12.00 tghmalam makan nasik lauk ikan 3 rase, tomyam n tauhu jepun... dah lapoorrrr beb muakakaka... abih makan.. layan delayed perak vs perlis.. pastuh lelap.. abis citerrr
8 Mac 2007: bangun pagi lagik lambat.. muakakakaka kol 9 rasenyer.. siap2 sume kol 9.30 baru turun.. ingatkan malas nak b'fes.. tapi paw kate sempat.. haa brekfes jelah ekekekeke.. setel brekfes.. gerak ke mmc kk plak.. elok sampai paw lupe nak bawak form... chaitt.. aku patah balik ke hotel.. sessi EAP tuh start dlm kol 10.00 a.m. membawak sampai ke jam 1.00 ptg.. abih sessi.. balik hotel.. cek-out.. shopping jab ke pasar pilipina.. shopping dgn paw.. pemende pun taktau wakakakaka.. last2 aku belasah beli rantai n gelang kristal untuk linn.. ngiless aahh RM 150 tuhhh... kalo dorang tipu.. lantak dorang la.. aku mane tau :p
abih beli belah.. jalan2 ke centre point.. ingatkan nak try karaoke jamban tuh muakakaka tapi tak sempat.. amik teksi, balik hotel.. amik beg.. gerak semula ke mmc kk.. Abg Thussin selaku officer di mmc kk tolong hantar kitorang ke airport.. kol 5 gitu sampai airport dah.. makan2.. minum2.. gie toilet sume.. kire bape kali jarum pendek bergerak dalam tempoh seminit di muke jam.. flight yang patutnye terbang 6.20, kol 7.00 mlm baru gerak... dlm flight.. aku dah tekad nak tido sampai kl.. tapi dpt stengah jam jerr sbb ade minah bangsa cine nie bersembang.. udah macam cite jepun yg dialihbahasa ke kantonis ke mandarin.. last2 layan nyanyi lagu2 indon (muakakakakaka dan merapu meraban dengan paw.. dlm flight beli anak patung air asia untuk umairah.. sampai lcct kol 9.30
alamak.. kayu pua aku tertinggal kat kk... maybe sampi flight berikutnye.. tak larat nak tunggu, aku dan paw gerak dari lcct kol 10.00 p.m.. sampai umah aku dlm kol 11.. umairah yg dah tidoq tuh aku kejutkan. tak sabo2 nak bagi die tengok rabbit baru ekekekeke...
alamak.. dah kol 1.00 dah nie... last but not least.. thanks so much to koeq (pro a.k.a tourist guide.. zue (official transport and driver di kuching).. abg thussin (official transport and driver di kk serta seluruh anak kapal air asia AK 5206(7/3/07), Ak 5906 (8/3/07)dan AK 5113 (9/3/07).. serta driver2 teksi yang terlibat dalam pembikinan filem ini.. hehehehehe
salam borneo dari aku
wanchang
si papa baik
Sunday, February 25, 2007
Amazing Race Lagik
sori tulisan kali nie takdak gambar sbb belum sempat upload maaa... dan kene tulis sekarang jugak sbb mmg aku rase best semacam jerr semasa mengalami situasi2 nie.. untuk race kali nie aku dibekalkan dengan rm200 sahaja... tugasannye, balik dari pulau langkawi ke KL ekekeke.. tapi harus diingat cabaran menanti bukan main hebat pasal mmg aku saje wat keje gile gamble balik ke kl mase orang lain sibuk nak menamatkan cuti masing2 hahahah... ginilah citenye..
24 Februari 2007 - kursus yang aku incharge di pulau tuba habih dalam kol 1 tghari.. ingatkan abih awal pagi boleh jugak kejar bas ke ipoh, sempat la nak layan perak vs pahang ekekekeke.. sekali kol 4.30 baru setel sume termasuk closing la pebendenye.. kol 5 aku gerak dari bella vista, kene cepat nak kejar feri.. sekali teksi takmau dtg, pasal jalan jem dgn ironman.. seb la ade van ejen pelancongan nak ke sane, naik jerr.. sekalik geng2 TM yang lain join sekalik.. kak sasiC bayor.. so tiket fri.. masih ade rm200 ekekekeke
sampei jeti kuah, beli tiket kol 6.00.. rm15.00.. ade rm185.00 lagik.. kol 7.15 mlm sampei jeti k.perlis.. selow gile feri nie.. amik teksi ke kangaq, rm17.00.. so ade belen rm168.00 .. cek sume kaunter tiket.. kl kompom abih.. ade bas tambahan tinggal 1 seat.. api kol 10 baru bleh tau ade lagik ke tak.. gile ape.. kalo ade ok la kalo takde?? aku dengan penuh kompiden, pegi booth teksi.. "bang, ipoh bape ringgit??" muakakakaka.. sekali abg tuh jawab.. "dik, ipoh rm300.. la nie dah malam ada extra rm50 lagik".. huishhh takleh.. over bajet, kang disqualified muakakakaka.. amik option lain la.. gamble gie aloq staq, naik teksi baghu rm45.00 n mengambil mase dalam 45 minit jerr.. mase nie dah sms2 dgn stuck/joe_p.. soh deme standby tunggu di ipoh, nak balik ke kl sesame.. n dah soh kakyong cek ade tak tiket bas ipoh kl 25/2/07.. takde dah katenye... so duit udah tinggal rm123 sahaje ekekeke...
sampai aloq staq kol 8.15.. dlm perjalanan dah mintak drebar teksi join carik tiket, takde kl ipoh pun ok hehehe.. sekali mmg die yg jumpe tiket yg masih ade.. cepat ekspress kol 8.30.. mmg 1 seat jerr yg tinggal. perghh.. ape lagik..amik.. bile tanye driver kol bape bleh sampei ipoh.. die cakap tgk keadaan daghi butterworth kol bape.. sudah bas nie banyak hentian la plak... rege tiket rm 17.00, so belen duit ade rm106.00 yeehaa!!!
naik bas awok tak sedo ape.. sekejab jer belabun dgn brader yg dok sebelah aku pastuh tido.. sedo2 kol 12 tuh udah sampei jelapang..(owh lupe, mase betolak dari alor staq kabo stuck awei2 mungkin sampai ipoh kol 1 pagi.. dlm hati harap sangat Perak menang, baru la dorang pun semangat nak tunggu kuikuikui...).. kompomkan dgn drebar bas nak lalu mane, sekali die lalu jusco.. hah awok tughun kat tesco tuh jelah.. idak le deme kene pegi medan gopeng... sampei ipoh kol 12.15.. join kenkawan lepak kat kedai wirat...
labun punye labun dekat kol 2 baru nak gerak.. since duit banyak lagik.. aku banjer kenkawan makan rm50.. belen duit ade rm56.. ingatkan dalam kete nak lelap.. sekali sampai umah tak lelap2 hahahaha.. bagi duit toll kat gman rm20, tapi telupe nak bagi duit minyak kat kemborku tibang.. sampei umah dalam kol 5 pagi.. belen duit yang ade rm36.... kire berjaye aahhhh kuikuikui...
akhir kata.. time kasih tak terhingga pade pakcik drebar teksi dari kangaq ke alor staq tuh.. mmg die drive teksi die laju ya amattt.. n sanggup plak tolong aku cari tiket bas.. lupe plak name die.. iskk.. dan tak lupe kepade kenkawan y4e yang sudi menunggu aku sampai ke ipoh.. tapi tak rase bersalah sangat pasal menunggu makanan kat kedai wirat lagik lame dari tunggu aku ekekekekeke... akhir kate... esok ade race lagik.. gie kk plak.. n tunggu stori mori pasal kursus kat pulau tuba tuh....
wassalamm.....
Friday, February 09, 2007
Aku dan Shebby
tibe di hari kejadian.. aku berjaya jugak la meng'cooldown'kan perasaan.. fokus beb... orang call nak diskas pasal konvo kolej pun aku wat derk jer... mase abih keje.. aku print segala info yg aku gather, untuk rujukan.. mase nak pegi ke astro.. haa elok la info tuh duduk dalam kete jerr wakakakaka.. takpe lagik.. sbb man tapat bgtau ade rehearsel dan diskasyen sebelum siaran langsung...
sampai astro awal jugak dlm kol 9.20 gitu.. yelah nak diskas kan?? sekali tunggu punye tunggu kat holding room.. kol 10.29 baru dorang ajak gi studio.. ngile ape.. bile nak diskas nie??? sekali sampai studio.. producer bgtau takyah rehearse.. huwaaaa gelabah haram datang balik... ngile ape... seb baik la die dah bagi guide dan soalan2 yang bakal di tanye.. kire info sedikit sebanyak dah gather dalam pale otak.. segmen pertame shebby interview pengarah ironman langkawi.. mase tuh bile tgk jam baru 6 minit tapi gile lame dorang sembang.. wakakaka aku gelabah ngiless..!!!!
first commercial break.. dorang soh duduk kat set dah... huu dah la gabra.. studio lak sejuk bangat... lagik la tambah menggeletar.. aku dgn deto(budak tokgajah.com) masing2 muke komfiden habis.. shebby ajak sembang2.. tanye sikit sebanyak.. sempat tanye die balik pasal pasukan TMFC.. sekalik budak tukang kire tuh bgtau.. 15 second to live... sudahhh... aku orang pertame yg diajukan soalan.. dlm paler dah ade jawapan ikut guide.. sekali shebby tanye soalan 'ape yob4ever' nie?? wakakaka blank sekejab.. sesape yg tgk mmg nampak la aku gugup sket untuk 1st soalan tuh.. tapi lepas tuh aku belasah jelah cakap.. dalam hati gelabah tak hingat.. ape yg aku gelabahkan pun aku tak tau...10 minit live dengan shebby tuh rase macam lame ya amat.. lagik nak habis lagik aku rasekan badan aku menggeletar.. dah la kusi yg dorang sediekan tak bape stabil.. naye jerr kalo tejatuh wakakaka..
abih rancangan.. sambung sembang dan amik2 gambor dgn shebby.. sembang tuh bukan takat dalam studio.. membawak kepada main entrance building astro.. pastu sambung lagik ke tempat letak kete.. syok sembang dgn shebby sebab die antare orang yang memperjuangkan bolasepak tanpa ada rase takut dengan sekatan.. ban.. denda dan sebagainye.. bagi aku.. pengalaman nie mmg best.. at least aku boleh celen tahap kegugupan aku.. terime kasih tak terhingge kepada man tapah, sham dan otai2 y4e yang memberi kepercayaan kepada aku untuk mewakili y4e kali ini..
tapi.. aku bukan artis tau!!!!!! aku pengulas sukan.. hahahahahahha
yang benar
wanchang
y4e spokeperson.. muakakakaka
Friday, February 02, 2007
TRIBUTE to Joe Jer and Zabrina
Friday, January 26, 2007
Amazing Race Kuching
Sepatutnya kisah Amazing Race Kuching (ARK) nie aku tulis sebelum aku review episod ARA yg kat bawah nie.. tapi dah mende tuh yg kene direviewkan terlebih dahulu atas dasar kenkawan nak bace.. so aku pun buatlah kan.. kirenye ade permintaan kan...
Ok ARK nie telah berlangsung selama 4 hari 3 malam dengan permulaan dan final pitstop adalah KL LCCT.. dalam ARK nie terdapat beberapa tugasan yang perlu dilakukan oleh para peserta di mana setiap tugasan itu perlu dilakukan dengan betul.. jika tidak penalti akan dikenakan... nak tahu siapa peserta2 nye??? mereka adalah aku.. waif aku.. and anak aku... wakakakakaka satu tim jerr yg join...
sebelum aku sambung dengan kisah2 ARK nie.. ade beberapa terms yang aku rase korang kene paham dulu:
1. De Tour - Ada dua tugasan, peserta kene pilih antara satu yang mana kedua2 tugasan tuh ade baik dan buruknya
2. Roadblock - ada satu tugasan yang masa salah seorang sahaja peserta yang akan buat.. sorg lagik tgk jerrr
3. Tim - Team daaa....
4. kitorang - aku, lynn & umairah
berikut adalah ringkasan episod2 ARK nie...
Episod petame: Juta Mines - LCCT
Tarikh: 13&14 Januari 2007
Juta Mines adalah tempat permulaan sebenar ARK ini.. De-tour pertama: Berat atau Keje Leceh.. Dalam roadblock ini, tim harus memilih untuk meletakkan semua baju dalam 1 beg dan hanya seorang sahaja yang akan bawak beg tersebut atau meletakkan baju2 ke dalam 2 3 beg yang berlainan dan mase so bile bawak nanti boleh la sorang bawak sikit2... setelah berbincang.. kitorang bersetuju untuk pilih tugasan pertama sebab mmg keje leceh la nak bawak 2 3 bag... ekekekekeke
setel jerr... tim kene tido.. bgn je tido.. kitorang kene menaiki kereta yang berplat MAW9953 untuk ke lcct.. sampei ke lcct, kitorang kene dapatkan flight ke kuching... (sebenonya dah ade dah sebab book 2 minggu sebelum race wakakakaka)... elok cek-in amik gambar sume (macam la nak gie england 20 tahun) kitorang berlepas ke kuching dan tiba di kuching dlm jam 2.30 gitu.. sebaik saje sampai.. kitorang kene plak menaiki teksi ke hilton inn kuching (penaja penginapan untuk race nie sbb aku bleh claim).. dah amik clue kat registration, owhhh penamat 1st leg rupenye.. so cek-in hotel.. lepak.... makan2.. tido....
Episod KeDua: Hilton Inn-WaterFront-Kilang2-Hilton Inn
15 Januari 2007