Friday, September 05, 2008

Maka sahlah mereka berbapakan aku

Salam...

setelah hampir 10 hari anak2 kembarku dilahirkan
baru la aku berkesempatan nak register kelahiran diorang nie...
maka berkejaranlah aku ke Jab. Pendaftaran Negara di Hentian Kajang..
melilau jugak nak carik pejabatnye.. dah signage ada kat tepi lift jerr...
aku rase boss JPN Hentian Kajang nie kena lebih mesra pengguna
walaupun aku perasan yang ofis dorang memang meriah dengan pelbagai polistrene..
satu dinding tuh penuh dengan sajak mencari abadi ke hape ke tajuk die
(tu la pun 1st time aku bace.. perghhh perkataan power2 tapi haprak jerr lebih)

Kembar lelaki aku dan lin namakan dengan nama AZRA AZZIDAN
Kembar perempuan plak aku dan lin namakan dengan IZZAH AZZURIN
semoga dengan nama2 nie membawa kesejahteraan kepada putera dan puteri terbaru aku nie..



kepada sesape yang nak dapat anak pertama, sila pastikan dokumen asal dan salinan di bawa ke JPN kalo tak naya jelah nak ulang alik hehehe:

1. Kad Pengenalan Bapa
2. Kad Pengenalan Ibu
3. Sijil Nikah
4. Kad pemeriksaan Antenatal

sesapa yang nak dapat anak kedua dan seterusnya, bawa perkara2 seperti di atas dan tambahan SIjil kelahiran anak sedia ada...

Sekian,

Wassalam


2 comments:

Anonymous said...

its good to know about it? where did you get that information?

Apai said...

Salam Wanchang...
Tahniah utk ko dan Lin. Seronok la yea dapat anak kembar. Cepat betul ko menambah ahli keluarga. Dah rezeki...tak gitu YoB!