Thursday, May 28, 2009

mode ilmu - dah salah tu bgtau lerrr

salam...

aku dpt cite nie dari member aku... tenkiu K.E!!tiada kena mengena dgn yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.. renung2kan dan selamat beramal!!!
-------------------------------------------------------
Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya.Malangnya , ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul "menghabiskan borehhh...' Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang.

Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi. .. bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.

Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi..."Eh ko ni Samat. .. kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni.. . mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...

Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... ada lagi.... "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?" Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...

mode keluarga - Amazing Race

Salam...



aku kalo conduct teambuilding sure ade slot 'Mini Amazing Race'.. ape xtvt aku buat?? mane bley bgtau.. nak tau kene bayar laa hahaha... so sempena teambuilding TM Government / GiTN pada 22-24 Mei di Colmar Tropical.. aku sempat bawak family aku ke sana sebab slot untuk aku tak banyak sgt... yg banyaknye sessi brainstorming internal proses kedua2 sayap Government Sales dalam TM neyh...


Sabtu petang takde lah ke mana2 sgt pun... wife n anak2 mmg lepak bilik jerr.. wife aku try bawak jln2.. lepas 5 minit anta sms dh balik bilik dah ekekekeke... mlm pun same tak buat pape.. kene plak ptg tuh hujan turun dengan meriahnye...



ahad pagi aku setelkan part aku dan diorang akan zoom into internal discussion.. so dlm kol 11 camtu gerak ke rabbit park.. Umairah mmg terus berani pegang2 arnab tuh.. Nazrin plak memula nangeh.. pastu lame-lame die bleh jerr lepak2 mencangkung sebelah arnab.. si kembor plak siap boleh tertido2 sambil tunggu senior2 dorang bersuka ria..

abis rabbit park.. naik ke japanese garden plak.. sedang dok kemas2 barang nak naik, shuttle lalu.. next shuttle plak akan tiba after 30 minutes.. ceh, dari membazir mase kitorang beramai2 hiking dlm 300m kehkehkeh... Umairah n Nazrin consistent mendaki bukit... Nazrin la paling bertuah sebab dok naik turun naik turun.. aku dgn wife yg mengah kejar die... kot jatuh begolek2 naye wooo nak tangkap ekekekeke... sampai souvenir shop aku baca level kat situ 3500 kaki atas paras laut.. (aku tak amik gambar sebab ade shuttle dengan bangangnye parking kat situ.. budus tol..) japanese garden kene menapak lagik.. bukan jalan tapi tangga.. haaa bermulalah episod pikul stroller.. seb baik tak bawak twin edition.. patah pinggang angkat stroller jerrr..

sampai atas.. amik2 gambor jab.. Umairah dah muke boring sbb die nak pegi playhouse main bola2 kat situ.. mase turun.. naik jugak la shuttle.. sekali lagi Nazrin begitu adventureous sebab nak turun sendiri.. abih kecoh satu shuttle.. seb baik la kat Malaysia.. berbilang kaum sentiasa tolong menolong.. tahniah kerajaan (pthuiwerghkkkk ekekekeke)

balik bilik.. makan2 kemas2 barang... tido2... kitorang cekout dlm kol 5.45... owh ya kitorang extend stay sampai kol 6 ptg dgn harga RM100... bagi aku patut jugak la rate nie... bile lagi mau dtg sini??? tunggu la tmpt nie jadi sejuk balik... skrg nie panas jugak.. Teluk Sareh pun lagi sejukkk

mode keluarga - khas untuk tatapan cucu2 kat obersi



salam...

weh korang... nie haaa acik paparkan gambor terkini atuk dan opah... acik dan anak2 acik pelakon tambahan jerr... tau la atuk korang 800 juta kali lagik ensem dari salman khan ekekekeke... baru tak baru... nie gambor mase balik kg awal bulan mei nan lalu... cekidautttt...


nota kaki: glorY glorY EngLaNd kehkehkeh









Tuesday, May 19, 2009

mode keje - jadual aku minggu ini

salam...

cam biase.. keje macam nak gile.. tapi takpe.. kampeni punye pasal... mungkin rezeki anak2 aku melalui ape yg aku perlu buat sekarang... "tuhan saja tau", kata Mr. Ong (staff Marina Cove Lumut)

18 Mei - gerak dari KL jam 12.45 tghari, sampai Bkt Kluang Beach Resort jam 9.30 mlm.. on the way, berenti makan dua kali.. sekali kat D'Paya(gilo mahal nak mampus!) dan Restoran Lempeng, Marang.. kat Lempeng nie specialty dia Air Tuak + Aiskrim (nira nipah).. si feroz kena segelas sampai overdose.. bawak kete dari KT ke Besut macam orang mabuk wakakaka...

19 Mei - aku conduct teambuilding untuk TM State Kelantan.. hari nie dah setel, esok ada satu hari lagik

20 Mei - Esok ada Amazing race dan beberapa indoor activities.. kol 5.30 ptg kitorang cabut ke KT.. maybe akan lepak di TMTC Terengganu dulu, kol 12.30 tghmalam baru gerak kerana...

21 Mei - Kol 9 pagi akan berada di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi untuk riki tempat.. pastu barulah aku balik umah...

22 - 24 Mei - akan berada di Colmar Tropicale untuk coordinate teambuilding TM Government Sales & GiTN...

huuuuuuu next weekk kompom nak amik cuti aahhh... straight keje 2 minggu....

Wednesday, May 13, 2009

mode gossip - bacul habeh

salam....

rumusan aku terhadap kemelut potilik negeri Perak adalah... BiEnd bacul ya amat sangat.. pelacur jalanan dan yang setaraf dengannye... pondan yang masih 'bert310r' pun lagik berani dan gagah kalo nak dicompare dengan kepimpinan BiEnd neyh...

woit bijan.. tu pi jawab tuduhan 18 akhbar luar negara pasai hang dgn atantuya tu cepat... mmg dasar sayur punye olang.. lembek.... kehkehkeh

Monday, May 11, 2009

mode ilmu - kepesatan ekonomi Malaysia

salam...

aku kongsi kisah nie dari blog http://wearetheworld2009.blogspot.com untuk renungan kita semua

Pakcik nak beli karipap ? Karipap kering ada, basah pun ada." Seorang budak perempuan berumur 12 tahun menjual karipap di stesen minyak Petronas di Batu Gajah Perdana (BGP). Suaranya amat perlahan dan dalam bunyinya seolah2 dia sakit. Ditangannya ada sebiji bakul kecil berisi karipap. Sebelah tangan lagi memegang buku, mungkin buku sekolah tapi bukan majalah "Mangga". "Pakcik sembahyang dulu, nanti pakcik beli".

Selepas solat, teman terus berjumpa dia. Zura namanya. Berasal dari Tanjung Tualang. Bersekolah di SK St Paul. Anak kedua dari 5 adik beradik. Ayahnya seorang jaga manakala ibunya membuat kuih untuk dijual. Setiap hari Zura akan dihantar ayahnya ke BGP (lebih kurang 25 km) untuk menjual kuih. Bakulnya bukan besar. Sekadar beberapa kampit karipap kering dan 30-40 karipap basah. "Zura dah sembahyang ?" "Sekejap pakcik. Ada makcik tu tadi nak beli karipap selepas sembahyang. Nanti saya sembahyang lepas ni" Suaranya semakin mendayu." Saya sakit pakcik" Saya tak boleh cakap kuat-kuat, sakit !" Nanti ayah datang pukul 8. Dia hantar tadi pukul 2"

Sedih teman. Nak menangis rasanya. Budak kecil ni sedang membantu keluarganya mengahadapi kemelut ekonomi dunia. Teman ingat kalau habis semua karipap yang dibawanya, bukan untung RM250 tapi paling banyak pun RM10.00 ! Minyak motor lagi ! "Zura boleh dapat 5A ? "InsyaAllah pakcik" Raut muka dan jawapannya sungguh meyakinkan! Kalau dapat 5A pun teman pasti Zura tak akan ke MRSM, SMKA, SM Sains atau TFGS ! Bapanya tentu tidak mampu menghantar Zura !

Teman balik ke rumah, hujan renyai-renyai! Tapi hujan lagi lebat turun kat mata co-pilot teman... dia sedih teramat sangat. Sebentar lagi bapa Zura akan sampai untuk menjemputnya! Naik motor kapcai ! Bukan naik Camry ! Bukan naik E200 ! Zura akan menggigil kesejukan ! Sebab itu dia selalu sakit ! Sebab dia dah bertahun-tahun membonceng ayahnya menjual karipap ! Mana dia keadilan ! Kita membayar RM12.00 untuk secawan Cuppercino di Starbuck! 2 scoop aiskrim di Baskin Robbin RM14.00 ! Seketul kepala ikan kari RM10.00 di Restoran Zamry ! Zura berhujan, berpanas, berembun ! Enam jam ! Dapat RM10.00 ! Bukan RM1000.00 !

Kalaulah teman banyak duit, mahu teman beli karipap tu RM1000 seketul ! Bukan 3 seringgit ! Bukan sekampit seringgit ! Biar Zura mentelaah buku-bukunya untuk UPSR bulan September ini ! Biar dia dapat masuk MRSM! Atau SMKA ! Biarlah suatu hari Zura mampu mengubah segala-galanya !Kalau kengkawan mengisi minyak di stesen minyak Petronas BGP, carilah Zura ! Belilah karipapnya. Sembanglah dengan dia. Dia lebih tau apa itu kelembapan ekonomi dunia dari Pak Menteri-menteri yang umumkan kadar GNP negara naik 3.5 % untuk suku tahun 2009, itu ini untuk GLC, untuk Conglomerat Cap kroni, bla bla bla

Anak2 kome tengah buat ape kalau hari ujan? Ngadap Sinetron ke, ngadap Facebook? Itupun ada yang buat mulut muncung kalu tak dapat ke KFC, ke JJ, ke Bukit Merah Lake Town Resorts...Zura tu teman rase tak pernah mimpi nak ajak mak ayah dia ke sana. Zura tak akan pernah mintak beg Hello Kitty, krim pencuci muka, syampu Sunsilk, top-up atau henfon Nokia N91... Banyak benda yang Zura takkan mampu nak mintak macam anak-anak kita dah lama dapat.Kita pulak kalau tau ada orang miskin, takat sedih je, takat gebang marah pemimpin tak bantu. Yang kita tu, bila nak mula bantu? Apa usaha kita? kekadang kita nampak orang mintak sedekah, kita buat donno je, ada yang lari dari pakcik makcik peminta yang dah konfom buta! Berapa ramaikah Zura di tempat anda ?

mode gossip - Ambulance di waktu pagi

salam....

hari nie jadi lagik... Ambulance tiiiing toooooong neeenong neenong nak mencelah laluan yang mmg sseshaqq!!!! aku selalu jumpa ambulance2 nie mencelah2 kat laluan jln sg. besi ke jln tun razak.. kat situ selalunye ada tiga lorong dari jln sg besi, 2 lorong dari jln istana dan beberapa lorong kecik dari belakang2 kedai yang menuju masuk ke jalan tun razak... belum aku kire kete2 yg dtg dari arah cheras melalui lok yew di bulatan sebelah kilang roti Federal tuh... mmg banyak cabang2 jalan ke tun razak kat situ...

aku tak paham lerr kenapa driver2 ambulance especially dari hospital luar lembah Klang (hospital serdang pun same) dok redah jalan2 nie jugak time2 peak hour nie... bukankah dah ada highway SMART ataupun highway KL-Putrajaya yang dibina khas untuk kakitangan kerajaan nak ulang alik KL-Putrajaya?? ngape kene nak redah jugak jalan tol free neyh..??? korang bukannye kene bayor duit tol.. sumenye f.o.c... pecut jelah kat highway2 tuh... ini sibuk nak mencelah2 jugak... kitorang nie lalu jalan tuh tiap2 hari sebab mmg kene lalu jalan tuh... masuk haiwei kang kene tol plak.. pegi balik keje bukan bleh claim duit tol!!!

Kepada kementerian Kesihatan.. jgn dok fokus tang infra jerr... teknologi billion2 pun tak gune kalo pesakit2 senak dan nazak habis nafas akibat kesesakan lalu lintas!! anta la driver2 tuh kursus memandu.. takpun lengkapkan ler ambulance tuh dengan GPS.. amboih kete menteri kete dokter sume boleh beli GPS.. takkan ambulance takleh?? (kalau dh ade pasang.. tolong cek driver reti gune atau sekadar perhiasan saje)

bab ambulance nie aku bleh la sabar dan bertolak ansur lagik... ini bile bab dtg berderu konvoi motor polis 5 6 bijik... kete cermin gelap nombor bukan main cantik.. ade plak motor besar riders sume itam kiri kanan kunun2 kalo orang baling C4 boleh selamat.. lalu plak macam jalan kat KL nie bapak dorang yang buat!! (kalau buat pun, bukan duit bapak ko.. duit bapak aku pun korang gunakan!) ape ke gajahnye nyebok nak lalu time jalan2 utama nie seeshakkk... proper la sket planning tuh... takleh ke kalo tak nyusahkan orang2 biase neyh?! awat... bini tak bagi tidoq kat hotel ka the night before event?? bukan ko bayar... kitorang bayar!!!!

dis is Malaysia.. berbanggalah (kah) kita sebagai rakyat Malaysia.(?)

mode gossip - BienD dah gile

salam...

saje je aku nak summarise kan ape yang berlaku kat Perak khamis lepas..
Pemimpin2 BiEnd (Amenu sebenonye) yg dah kenyang makan duit rakyat..
masih laporrr dan nak makan lagi banyak... demmit!!

Dme dah gilerr wehhhh!!

Wednesday, May 06, 2009

mode bola - lawatan ke Stadium MBPJ

Salam...

malam tadi aku, Umairah n Nazrin ke stadium MBPJ.. saje2 melawat kenkawan lama.. kena plak ade bola antara Perak dan MYTeam.. mmg kebetulan sungguh!! ekekekeke... ini lawatan kedua Nazrin ke stadium.. Umairah dah banyak kali dah.. 1st lawatan 3 beranak nie mase Perak main kat Stadium KLFA.. yg sebelah HUKM tuh..

antara aktiviti2 wajib sepanjang di stadium adalah:
1. Jerit2 kat ref, linesman, player lawan.. yang nie part aku.. tapi nazrin pun pawer!!
2. jalan2, tegolek teguling.. yang ini nazrin punya expertise pakar
3. makan, minum, main dgn kawan2, main amik gambar gune enset/digicam.. hak ini Umairah punya part

malam tadi punye gathering mmg diganggu gugat oleh ref kepala botak (smpi 1 tahap aku yakin die takleh bezakan bola dan kepala sendiri wakakaka) yang mmg cam haram ibarat MB Haram Perak a.k.a Jamberi Teh Tarik Onne... kedekut sangat nk tiup wisel tatkala foul play dilakukan MYTeam.. terganggu topik2 lain akibat marah sgt kat mamat neyh!!! bab2 game report nie mmg aku takleh nak buat dengan detail spt dolu2 la... dah mata aku dok memerhati Nazrin dan Umairah yang begitu berseronok sebab tmpt duduk luas dan orang tak ramai! (mane pegi daa fan2 Perak yang lain...)

owh ya sblm aku lupe.. pengurusan stadium MBPJ nie patut kene disaman la.. derhaka pada sultan.. tak menjaga ketuanan melayu.. ape pasal main lagu Negaraku versi laju?? itu versi haram.. takkan taktau kottttttttttt ????!!!!! kehkehkeh


last but not least... credit kepada official babysitter Umairah dan Nazrin di stadium.. Pn. Zainun a.k.a CikRose Y4e.. Joe_P.. mike amik gambor mmg cun melecun lerrr (dgn harapan dtg jer stadium CikRose kene duduk dengan aku dan secara otomatik akan babysit anak2 aku lagi ekekekeke... ala sementaghe die belum beranak hehehe peace Yong!)

nota kasut: CikRose nie mmg tak minat bola.. tp dh pegi balik ofis ikut hubby.. tu pasal dtg stadium pakei baju glamer kihkihkih... (adeih.. takleh tahan gelak.... WARGHHHKAKAKAKAKAKAKA)

Tuesday, May 05, 2009

mode keje - Marina Cove

Salam...

aku dok sebut2 Marina Cove Lumut.. sure ade jgak yang tertanya best sgt ke tempat neyh?? aku pun mmg tak pernah pegi tmpt nie b4 aku conduct teambuilding di sini.. nama je orang Kg. Gajah n mertua kat Lekior ekekekeke..

Marina Cove nie ala2 Desa Water Park kat KL neyh.. ade water park yang simple.. ade gelongsor2 air dan beberapa payung ekekeke... caj water park rm8 kot wiken n pablik holiday.. kalo in-house guest.. dpt 30% diskaun... ekekekeke bunyi macam lawak.. tapi mmg patut gini la kalo nak buat bisnes untuk rakyat kebanyakan... kipidap Marina Cove (ini takde kene mengena dgn f.o.c balinese massage yg aku dpt wiken nie okeh!!!)

ini le rupe oghang2 dewasa jumpe kolam mandi ekekeke


sapekah jejaka malang ini??? wakakakaka

mode ilmu - jangan berkira sangat

Salam...

satu kisah di zaman Rasulullah S.A.W untuk tatapan bersama...

Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?" Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail

MORAL & IKTIBAR

Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan. Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi. Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan. Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

mode keje - Bukit Kluang Beach

Salam...


tetibe ade plak gambar pantai kat Bkt Kluang neyh.. kepada sesape yg tak pernah sampai.. pantai nie dekat jugak la dengan area jeti ke Pulau Perhentian.. ada kesempatan aku ke sane lagik.. aku extend stay untuk ke Pulau Perhentian... ingat senang ke nak ke sane suke2 ati kalo takleh claim ekekekekeke





mode ilmu - mane ade orang tak mati

Salam...

aku jumpe dalam koleksi2 e-mail aku... moh le kite same2 berpk yerrr...

Apabila Hasan Basri ditanya: Apakah rahsia zuhudmu di dunia ini?
Beliau menjawab; Aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang,
Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya,
Aku tahu Allah swt selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika Allah swt melihatku sedang dalam maksiat.
Dan Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah swt.

Kematian suatu yang sering mahu dihindari oleh manusia, namun kematian tetap akan datang dan kematian tidak pernah melupakan diri kita. Persoalannya sekarang adakah kita telah bersedia untuk mati atau kita masih lagi belum menyediakan sebarang perancangan untuk kematian yang begitu pasti akan kehadirannya bagi diri kita. Tidakkah kita sedar bahawa kita telah dijatuhkan hukuman MATI. Kita sendiri tidak mahu untuk terus hidup sehingga seribu tahun.

Kematian akan memisahkan segala kenikmatan yang kita ada sekarang, kematian akan menyebabkan segala harta yang kita ada sudah tidak bererti kepada diri kita, kematian menyebabkan segala yang kita kejar tidak memberikan kebaikan, segala-gala yang kita ada seperti isteri, anak, harta, kebanggan, pangkat, kereta, dan apa sahaja tidak boleh membantu kita dan apa yang dapat membantu kita adalah segala amal yang telah kita lakukan dengan penuh keikhlasan semasa kita hidup dan hanya tiga perkara yang mungkin akan berterusan iaitu anak yang soleh, harta yang di sedekahkan dan juga ilmu yang di sampaikan.

Kematian yang begitu pasti, namun kita seolah-olah tidak meyakini ia akan datang juga, kita sentiasa bercita-cita besar, masih tidak memikirkan kematian dengan serious, kita boleh menghantar jenazah ke tanah perkuburan, namun hati kita tidak tersentuh bahawa kita akan juga datang kekuburan tersebut suatu hari nanti. Kita mungkin menghantar jenazah orang-orang yang begitu kita kasihi, begitu kita sayangi, namun kita tidak merasakan kematian itu juga akan menyebabkan orang yang mengasihi diri kita akan menghantar kita ketanah pekuburan. Kematian akan memisahkan segala kesempatan yang kita ada. Dunia kita telah berbeza dimana sebelum kematian adalah dunia untuk menyediakan persiapan untuk perjalanan menuju Allah swt, namun selepas kematian adalah dunia untuk menerima balasan atas apa yang telah kita lakukan dimasa kehidupan kita di dunia.

Sekarang adalah masa untuk kita menyediakan sebab untuk mendapatkan balasan yang baik semasa kehidupan diakhirat, sekiranya baik persediaan kita maka baiklah balasan yang akan diperolehi, namun sekiranya jahat maka balasan yang mungkin akan diterima mungkin tidak dapat digambarkan didalam kehidupan kita di akhirat nanti. Marilah kita menjadi orang-orang yang bijak dengan menyediakan yang terbaik buat kehidupan selepas kematian kerana masa hidup berbanding masa selepas kematian adalah suatu masa yang begitu lama yang kita tidak tahu berapa lamakah masa tersebut akan kita tempuhi. Yang pasti kehidupan yang mungkin kita lalui tidak lebih rasanya seratus tahun dan sekiranya lebih pun hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja. Semuga kita menjadi manusia yang berfikir. Allah hu alam

Monday, May 04, 2009

mode ofis - orang ingat aku gile

salam...


wakakakaa.. err macam entry joe_p la plak.. nie haa... aku nak summarizekan ape terjadi dlm seminggu lebih bulan april 2009 diari hidupku... deyyy ape daaa punye ayat punye panjang wakakakaa...

16 April - percubaan kali pertama balik kampung dengan kete kancil edisi rempit.. berjaya jugak walopun takde aircond.. anak2 aku tido dengan nyaman dan lena ekekekeke

17-19 April - aku conduct teambuilding kat Marina Cove Lumut.. ini trip ketige maka team aku dpt t-shirt sorang satu.. trip ke-4 nanti kitorang dpt balinese massage f.o.c wakakaka tenkiu Mr. Ong (orang tue nie offer massage China Doll lagik.. gile ke hape ekekekeke)

19 April - patut balik KL kol 7 mlm.. tapi disebabkan kunci kete Nazrin sorokkan secara tidak sengaja.. delay sampai kol 10 mlm baru gerak.. singgah umah adik aku untuk tukar kete.. last2 sampai umah kol 3 pagi...

20 April - masuk ofis jab.. pastu dlm kol 12 tghari aku cabut pegi Kuala Terengganu.. patut kene sampai kol 5 ptg ada diskasyen tp dulikkan... aku jer pun yg attend.. diskas pun dgn kawan2 jer ekekeke

21 April - kol 6 pagi dh gerak dari KT ke Besut, ada program kat Bkt Kluang Beach Resort

22 April - patut kol 5 dh gerak ke KT, tapi ade participant plak terhilang kunci kete.. bukan hilang, tapi member die terangkut sekali masuk poket... delay lagik... smpi KT dlm kol 9.. tido2 jab kat TMTC KT, aku dan Faizry gerak dari sane kol 11.30 kot... pecutan tahap kude, masing2 sampai umah kol 4 pagi...

23 April - kitorang declare sampai dari KT kol 1 tghari.. so takyah masuk ofis.. gile hape kene masuk jugak.. kol 2 ptg ade discussion kat Menara pasal mini teambuilding.. participants dalam 300 orang.. bile? ESOK!! ekekekekeke

24 April - dari pagi berkampung kat Palace Beach and Spa (dulu namenye The Mines Beach Resort).. siap sedia untuk aksi selepas Jumaat (aksi mlm jumaat dh melepas wakakaka).. Mini teambuilding untuk division SME Sales.. ape daa orang2 SME Sales nie.. kitorang penat2 buat tulip dan sbgnye.. dorang senang2 ati jerr sabotaj team lain.. demmm.... inikah sales force TM?? anyway tenkiu to FEroz, Faez, Am, Qila, Min & Nat (nat nie jadi feveret peserta2 wakakakakaa).. abis kat The Mines, pakat plak dgn Faizry nak gerak ke Teluk Rubiah kol 11 mlm.. tapi dok sms2... aku pun dah tak daye dah.. tido jelah.. esok pagi gerak...

25 April - kol 6 pagi dah kuar umah.. kol 9.15 pagi dh sampai Teluk Rubiah wakakaakaka... sambung incharge teambuilding untuk peserta2 dari TM State Penang.. nie yg pelik nie.. sempat jugak pegi mancing (spt entry sblmnye)..

26 April - Balik KL.. balik umah... esoknye keje cam biase...

seb baik la last week ada public holiday hari Jumaat.. kalo tak... kompom teambuilding lagik ekekekeke

Mode ilmu - Jatuh dan Bangun Semula

Salam...

semasa kita kecil.. kita merasa sakit fizikal apabila jatuh.. dan proses jatuh itu mengajar kita untuk lebih berhati-hati menuruni katil, tangga, kerusi, sofa dan meja di rumah...

apabila kita dewasa.. kita merasai kesakitan emosi apabila 'kejatuhan' berlaku pada kita.. bagi yang mengambil iktibar dan pengajaran.. maka ia adalah satu proses untuk kita lebih membaiki peribadi dan personaliti kita.. bagi yang tidak dapat apa2, maka itu adalah diibaratkan sebagai buta dan pekak.. buta dan pekak dari memahami realiti kehidupan.. kerana hidup diselubungi dengan material dan nafsu yang memberontak!!!

apa tindakan kita jika kita 'jatuh'? adakah kita menyalahkan orang lain? adakah kita menyalahkan persekitaran yang memang sudah wujud lebih awal dari diri kita sendiri?? tepuk dada.. tanya suara hati... semoga suara hati membawa kita mengenali siapa diri kita sebenarnya di muka bumi ini...