Salam...
semasa kita kecil.. kita merasa sakit fizikal apabila jatuh.. dan proses jatuh itu mengajar kita untuk lebih berhati-hati menuruni katil, tangga, kerusi, sofa dan meja di rumah...
apabila kita dewasa.. kita merasai kesakitan emosi apabila 'kejatuhan' berlaku pada kita.. bagi yang mengambil iktibar dan pengajaran.. maka ia adalah satu proses untuk kita lebih membaiki peribadi dan personaliti kita.. bagi yang tidak dapat apa2, maka itu adalah diibaratkan sebagai buta dan pekak.. buta dan pekak dari memahami realiti kehidupan.. kerana hidup diselubungi dengan material dan nafsu yang memberontak!!!
apa tindakan kita jika kita 'jatuh'? adakah kita menyalahkan orang lain? adakah kita menyalahkan persekitaran yang memang sudah wujud lebih awal dari diri kita sendiri?? tepuk dada.. tanya suara hati... semoga suara hati membawa kita mengenali siapa diri kita sebenarnya di muka bumi ini...
No comments:
Post a Comment