Wednesday, October 29, 2008

mode bola - Yob nak mengamuk

dikopipes dari laman web www.seladang.net

Satu perjumpaan telah diatur antara seluruh penyokong bolasepak negeri Perak yang berpengkalan di Lembah Klang dengan wakil media dari Bernama TV akan diadakan berdasarkan tarikh dan masa dibawah:

Media: Bernama TV - ASTRO’s Channel 502, mobile 3G (Celcom) and web-TV
Masa: 11:00 pagi
Tarikh: Ahad, 2 November 2008
Lokasi: Stadium MBPJ, Kelana Jaya (Pintu Grandstand)

(Tarikh, masa dan lokasi tertakluk kepada perubahan di saat akhir)

Motif perjumpaan ini adalah untuk seluruh penyokong bolasepak Perak meluahkan pendapat dan membentangkan isu-isu hangat berkenaan kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Perak yang tiada penghujungnya kini.

Anda sebagai penyokong digalakkan untuk membawa sepanduk, bendera atau apa-apa sahaja yang bersesuaian untuk sesi penggambaran tersebut. Pen marker akan disediakan bagi penyokong yang membawa kad manila kosong pada hari tersebut.

Seluruh penyokong yang hadir adalah atas kapasiti mereka sendiri sebagai peminat bolasepak Perak yang mahukan perubahan tanpa mewakili secara langsung atau tidak langsung mana-mana persatuan, kelab peminat atau laman web.

Artikel ini adalah untuk sebaran UMUM dan anda digalakkan untuk mewartakan perkara ini kepada semua kenalan, sahabat handai dan mana-mana individu yang menyokong perubahan kearah kebaikan untuk Persatuan Bolasepak Perak.

No comments: