Monday, February 09, 2009

mode ilmu - kita semua sama

Bacalah dengan nama Tuhanmu (Allah)

kita lahir di dunia ini sama.. tidak ada bezanya antara lelaki dan wanita.. tidak ada bezanya antara keturunan dan bangsa.. yang membezakan kita di sisiNya kelak adalah bekalan yang kita bawa untuk mengadapNya di hari Akhirat..

kita jangan bermegah dengan rumah, kereta, plasma tv peralatan mewah kerana ia akan hilang.. kita jangan bermegah dengan PHD, Masters, Degree kita kerana ia akan hilang.. kita jangan sombong dengan pangkat, jawatan, gaji, bonus kita kerana ia akan hilang.. kita jangan berbangga dengan kejayaan dan kebahagian keluarga kita kerana ia akan hilang.. kita jangan bongkak dengan kuasa yang kita pegang kerana ia akan hilang.. kita jangan merasa bekalan kita cukup untuk kita menghadap Allah kerana ini adalah ciri orang yang BODOH SOMBONG!!!

Ada satu kisah Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat berkelana di padang pasir.. kemudian Rasulullah S.A.W meminta sahabat mencari ranting kayu.. sahabat mencari tetapi tidak berjumpa.. Rasulullah S.A.W mengulangi arahannya.. sahabat terus mencari tetapi tetap tidak berjumpa.. maka Rasulullah memberitahu 'itulah pahala yang kita rasakan ada dalam diri kita.. tetapi sebenarnya kita sendiri tidak pasti adakah pahala itu ada dan cukup sebagai bekalan'!

ingatlah kita ini semua sama.. jangan kita memburuk2kan orang lain tanpa usul periksa kerana orang lain itu adalah makhluk ciptaan Allah seperti kita sendiri.. jangan kita berbuat buruk kepada sesama manusia kerana berbuat buruk kepada manusia bermakna kita berbuat buruk kepada Allah.. sanggupkah?? adakah kita sanggup memburukkan Allah sedangkan pada masa yang sama kita berdoa mohon bantuanNya.. mohon rahmatNya.. mohon keampunanNya???

Jangan kita SOMBONG di dunia ini kerana kita hanyalah umpama debu yang berterbangan di dalam galaxy yang diciptakan Allah... (melalui penyelidikan saitifik.. ada berbillion galaxy seperti galaxy MilkyWay di mana Matahari adalah satu dari berbillion bintang di dalamnya)

http://ssscott.tripod.com/BigBang.html - perkara ini telah diceritakan di dalam Al-Qur'an (ayatnya kemudian ya.. tak dijumpai)

Ampunkan aku Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang di langit dan di bumi

No comments: