Wednesday, August 18, 2010
mode ilmu - mari bersedekah
Sekadar berkongsi cerita project2 yg sedang saya jalankan:
a) Satu program penduduk weekend ni meraikan 80 org anak2 yatim dari Kampung Melayu Subang, so sapa2 nak bersedekah, boleh berjumpa atau personally mail kat saya. Sedekah bukannya dlm bentuk wang ringgit sahaja tapi macam2 boleh ie. Sabun basuh, ubat gigi, beras, minyak masak, barang2 dapur etc. No limits.
b) Saya juga mendapat tahu ada satu rumah anak yatim di Kampung Medan yg memerlukan bantuan. Syukur pada Allah kerana gerakkan hati saya untuk telefon Kak Kamariah - penaung tu yesterday. Saya kenal dia melalui satu program yang lepas. Saya memberi salam dan bertanya khabar, macamana puasa anak2 disitu. Kak Kamariah menjawab salam saya, diam seketika dan dgn sedih dia berkata," Dik, makanan semakin berkurangan dan tak cukup jadi kita orang berbuka puasa ngan mee hoon sahaja! Subhanallah - terkejut saya. Makan beehoon ni byk mulut boleh makan. Tambahnya lagi, nak buat macamana katanya, itu saja yg Akak mampu.
Remuk hati saya, mengalir air mata saya. Terbayang depan mata saya makanan berbuka puasa saya semalam. Kita dikurniakan rezeki boleh makan dan beli apa saja sedangkan anak2 seramai 80++ berbuka puasa makan meehoon saja bersulamkan air suam! Saya katakan pada Kak Kamariah supaya jangan risau. Insyaallah ramai akan membantu,
Bantuan emergency telah dihulurkan oleh beberapa pihak sejak semalam tapi jika ada yg masih ingin membantu, boleh melalui saya (akan kesana weekend ni, kalau bukan saya, sahabat saya) atau terus ke:
Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kampung Medan
No.9 Lorong PJS 2C/11C, Taman Sri Medan 46000 Petaling Jaya
03-77814402
Puan Kamariah Lasim cimb a/c 12600001526201
Ini bukanlah kes asing. Byk lagi rumah2 anak Yatim yg senasib begini. Carilah mereka. Remember, for things to change, I must change first! Get out of your comfort zone as its time for you to give back to them. Remember, "Hak mereka ada pada anda", jgn sampai dituntut diakhirat kelak, confirm sangkut! so be a SHAKER and TAKE ACTION!
Tuesday, August 17, 2010
mode ilmu - mak ayah aku akan tetap mak ayah aku
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t.menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.
Friday, August 13, 2010
mode ilmu - jangan derhaka pada anak-anak
Lantaran Surau al-Furqan telah mengosongkan slot pagi Ahad, ia telah memberi peluang kepada ahli qariah untuk 'bertebaran di mukabumi' mencari pengisian di luar kawasan. Satu lagi program menarik pada hujung minggu ini. Kali ini, persatuan Nisa Shah Alam telah menganjurkan satu 'Talk Show' bersempena dengan sambutan Hari Ibu. Tajuk Talk Show tersebut adalah 'Setitis Air Mata Ibu'. Yang menarik perhatian penulis ialah ahli panel yang dijemput terdiri dari Ustaz Hasrizal Abd Jamil iaitu pengendali laman sesawang Saifulislam.com dan seorang tokoh motivasi wanita yang terkenal di tanahair iaitu Dr Rubiah K Hamzah. Program tersebut telah diadakan di dewan seminar di tingkat bawah Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah di Shah Alam, bermula dari jam 9:30 pagi.
Inilah kali pertama penulis membawa isteri menghadiri kursus atau seminar di luar kawasan Puncak Alam. Setibanya di Masjid Negeri, kawasan parkir di sekitar masjid telah sesak dengan kenderaan. Sangkaan penulis, hebat sungguh sambutan program kali ini. Oh, rupa-rupanya ada beberapa program lain sedang berlangsung di sana termasuk kursus persediaan bakal haji dan kursus perkahwinan kepada bakal pengantin. Riuh rendah juga kawasan di sekitar ruang bawah masjid dengan pelbagai aktiviti dan juga gerai khas yang menjual barangan.
Apabila memasuki dewan seminar yang sudah sesak dengan para Muslimat kebanyakannya dan sedikit Muslimin di suatu sudut, penulis berjumpa pula dengan seorang ahli qariah Puncak Alam. Juga terdapat beberapa Muslimat dari Puncak Alam yang menghadiri program tersebut.
Beberapa point yang sempat penulis catatkan semasa program telah diringkaskan seperti di bawah:
Di antara ulasan yang diberikan oleh Ustaz Hasrizal termasuk:
1. Hadith akhir zaman mengenai tanda-tanda kedatangan hari qiamat – salah satu tanda yang disebut oleh Nabi SAW ialah apabila perempuan melahirkan anak-anak yang akan menjadi tuan kepada mereka. Gambaran akhir zaman dengan gejala anak yang derhaka akan menjadi satu perkara biasa. Proses lahirnya anak-anak yang derhaka bukanlah berlaku secara mengejut tetapi ianya lebih merupakan proses yang beransur-ansur sehingga ianya tidak mengejutkan dan dianggap perkara biasa.
2. Komentar tentang ungkapan Imam al-Ghazali yang sering disalah tafsir iaitu tentang perbezaan di antara lelaki dan wanita mengenai akal dan nafsu/emosi. Di antara faktor yang melayakkan wanita menjadi ibu yang mengandung anak di dalam rahimnya selama lebih 9 bulan adalah kerana emosi dan kasih sayang serta kesabaran yang tinggi. Ustaz sempat membuat andaian sekiranya lelaki dipilih untuk mengandung, mereka akan merungut dan tidak akan sanggup untuk melakukannya untuk kali ke-2 atau ke-3.
3. Kisah Juraij yang kuat beribadat sehingga melukakan hati ibunya kerana tidak menyahut seruan ibunya yang datang berkunjung ke rumahnya sebanyak beberapa kali. Kemarahan ibu dan kemakbulan doanya telah menyebabkan Juraij mendapat ujian yang sungguh berat apabila difitnah melalukan zina dengan seorang pelacur sehingga melahirkan anak. Beliau bagaimanapun diselamatkan maruahnya apabila Allah swt mentakdirkan anak yang baru lahir tersebut dapat berkata-kata dan menceritakan perkara sebenarnya.
4. Ayat al-Qur’an dari surah al-Isra’ mengenai batas derhaka kepada ibubapa ialah dengan sebutan ‘uff’. Ustaz Hasrizal telah membuat kajian mengenai penggunaan perkataan ‘uff’ dalam masyarakat Arab. Hasil dari pemerhatian beliau, ‘uff’ dalam budaya Arab sama seperti bunyi ‘chtt’ yang biasa digunakan oleh masyarakat kita di Malaysia yang menandakan keengganan atau keluhan.
5. Anak-anak dilahirkan secara fitrah dan setiap seorang mempunyai potensi yang sama tidak kira dari keluarga mana sekalipun. Ibubapalah yang mencorakkan mereka menjadi individu tertentu.
6. Pemerhatian beliau mengenai perbezaan cara di antara masyarakat Barat dan Melayu dalam melayani karenah anak-anak. Dalam suatu perbualan yang sempat dirakamkan beliau, seorang bapa ‘orang putih’ sanggup melayan persoalan demi persoalan yang diutarakan oleh anaknya dan memberikan jawapan yang benar. Lain pula pengalaman kita di Malaysia yang mana ibubapa selalu memotong cakap anak-anak kerana sikap malas untuk melayan persoalan-persoalan mereka. Hasilnya di Barat, anak-anak yang dilatih berfikir sejak kecil sebilangannya menemui dan memeluk Islam. Dan di Negara kita, ketandusan ilmu dan kemalasan berfikir menyebabkan anak-anak muda meninggalkan agama.
7. Penekanan kepada bentuk-bentuk nafkah yang wajib diberikan kepada anak-anak untuk memastikan keseimbangan dalam pembentukan sahsiah – nafkah fizikal seperti makan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya, nafkah akal iaitu ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah, dan nafkah emosi iaitu kasih-sayang yang ikhlas.
8. Berilah masa dan ruang kepada anak-anak untuk mengutarakan pendapat mereka dan ibubapa memberi perhatian untuk mendengarnya.
9. Sebelum anak-anak menjadi penderhaka, hakikatnya, ibubapalah yang telah lebih dahulu menderhakai anak-anak mereka. Betapa ramai ibubapa yang kononnya sayang kepada anak-anak mereka tetapi hakikatnya menyediakan mereka untuk dibakar di dalam api neraka.
10. Anak-anak walaupun sekiranya tidak dapat mengasihi ibubapa mereka atas faktor-faktor tertentu, mereka masih wajib menjaga kebajikan mereka terutama semasa mereka di usia tua dan menghormati dan mentaati mereka kerana itu adalah tuntutan agama.
Sementara Dr Rubiah pula menerangkan beberapa point dengan cara penyampaian yang menarik.
1. Pertamanya beliau memberi komentar mengenai sambutan Hari Ibu. Secara peribadi, beliau tidak bersetuju Hari Ibu disambut sepertimana yang dibuat oleh masyarakat Islam hari ini kerana asal-usul Hari Ibu adalah dari amalan masyarakat Kristian iaitu sambutan hari 'Mother Mary' atau 'Tuhan Ibu'. Walaupun pengisian yang dibuat adalah baik dan menepati syarak, ‘bekas’ yang digunakan tetap bukan berasal dari Islam. Ini adalah satu dakyah Kristian untuk membuat masyarakat Islam terikut-ikut dengan budaya mereka, dan mereka gembira walaupun ianya tidak 100% sama seperti apa yang mereka lakukan.
2. Ibu perlu mendidik anak supaya taat kepada Allah swt terlebih dahulu sebelum mentaati ibu. Anak-anak perlu dididik menjadi hamba Allah yang sebenarnya. Merasai Allah swt sangat dekat dengan diri kita dapat mengawal diri kita bukan sahaja di dalam solat tetapi pada setiap masa.
3. Selain dari tiga nafkah yang telah disebutkan oleh Ustaz Hasrizal, Dr Rubiah menambah satu lagi jenis nafkah yang perlu diberikan oleh ibubapa iaitu nafkah rohani.
4. Dr Rubiah menekankan tiga persoalan yang perlu sentiasa difikirkan oleh setiap individu:
a. What do I think? Atau apa yang aku fikirkan sekarang? Umat Islam perlu sentiasa berfikir dan berfikiran positif. Melihat situasi sekeliling dan mencari-cari kesalahan orang lain tidak akan membawa sebarang kebaikan. Apa yang perlu difikirkan ialah apakah sumbangan yang dapat kita lakukan untuk memperbaiki keadaan.
b. How do I feel? Atau apakah perasaan saya? Selain berfikiran positif, kita juga perlu berperasaan positif.
c. Who am I? Atau siapa saya. Menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah kita perlu melihat manusia lain sebagai hamba Allah, dan tugas kita adalah menyampaikan dan menasihati dengan ikhlas.
5. Dalam menjawab persoalan dari hadirin mengenai perbezaan di antara nasihat dan leteran, beliau menekankan bahawa leteran datang dari emosi. Nasihat perlu datang dari hati yang ikhlas. Beliau memberi beberapa contoh teguran atau nasihat yang ikhlas, selalunya dilakukan dalam nada suara yang rendah tetapi menusuk ke hati pendengarnya. Penggunaan suara yang tinggi/lantang tidak semestinya mendatangkan apa-apa hasil yang diharapkan.
6. Dalam memberi respon kepada komentar dari seorang ibu tunggal mengenai permasalahan anak-anak lelaki, Dr Rubiah menegaskan bahawa masalah hari ini dihadapi oleh kedua-dua jantina berdasarkan kepada pengalaman beliau mengendalikan sesi kauseling.
7. Beliau juga sempat membawa contoh di mana ibubapa tidak seharusya memberi layanan yang berbeza kepada anak-anak, dan jangan sekali-kali melabelkan mereka. Dalam satu kisah benar yang melibatkan keluarga yang kesemua anaknya berpelajaran tinggi kecuali seorang adik yang tercicir. Ibubapa it dengan mudah melabelkan anak yang tercicir tersebut sebagai ‘tidak menjadi’. Abang dan kakak lain yang berpangkat besar akhirnya sering tiada masa untuk menziarahi ibubapa hatta apabila mereka sakit sekalipun. Adik yang ‘tidak menjadi’ itulah yang bekerja sebagai pemandu teksi, yang kerap menjadikan teksinya sebagai kenderaan untuk membawa ibubapa yang uzur untuk mendapat rawatan sehinggalah keduanya meninggal dunia, dan akhirnya dikebumikan tanpa menanti kepulangan abang-abang dan kakak-kakak. Apalah faedahnya mereka datang untuk melihat mayat sedangkan mereka tiada masa untuk menziarahi ibubapa mereka sewaktu mereka masih hidup.
8. Dari segi teorinya, masyarakat Barat telah mendidik anak-anak mereka menjadi manusia yang serba lengkap tetapi akhirnya mereka menjadi golongan yang mengabaikan kebajikan ibubapa mereka apabila tua. Ketandusan pendekatan kerohanian dan hubungan dengan Allah swt adalah diantara punca utama kepada permasalahan ini.
YB Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam sempat tiba di lokasi lebih kurang 20 minit sebelum pogram berakhir. Beliau sempat menjadi mangsa ceramah Dr Rubiah kerana datang seorang diri tanpa membawa isteri. Penutup majlis dilakukan oleh Ustaz Hasrizal dengan bacaan doa yang dibaca dalam dwibahasa.
Wednesday, August 11, 2010
mode ilmu - puasa Islam Malaysia
malam pertama tarawih dan witir, bagi yang dah lama tak sujud banyak banyak terasa pening pula kepala hotak ni, yang dah lama tak nama muka kat masjid dan surau dah nampak kembali, mujurlah allah bagi bulan ramadhan adalah juga hati nak datang berjemaah kat masjid surau. alangkah indahnya hidup ini jika sentiasa memenuhi masjid surau berjemaah solat maghrib dan isyak. tak apalah sekurangnya sebulan ini penuh le masjid orang berjemaaah. walaupun 15 hari puasa nanti makin kurangle orang berjemaah. dinegara lain manusia islam berebut nak mengerjakan amalan dibulan puasa dimalaysia manusia islam duk berebut nak raya. raya lebih penting dari amalan yang memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari hari biasa. dimesir menyambut puasa lebih meriah dari menyambut syawal. orang islam disana menangis jika berakhirnya ramadhan dan dimalaysia diakhir ramadhan manusia islam makin gembira.
mungkin dimalaysia tradisi menyambut raya diberikan penumpuan terlampau terutamanya oleh media massa. manusia islam dimalaysia terus dihanyutkan oleh arus yang salah. ramadhan dianggap bulan mendera kerana terpaksa menahan lapar dan dahaga. puasa dah dijadikan alasan untuk bermalas malasan untuk melakukan pekerjaan. produktiviti makin menurun dibulan puasa padahal islam mengajar penganutnya lebih produktif bila menjelang puasa. apabila petang manusia islam lebih suka memenuhi pasar pasar yang memberikan pelbagai juadah untuk berbuka puasa. membeli makanan pada kadar kalau dilihat bagaikan tak makan sebulan lamanya. esok beli lagi sekaligus meningkatkan perbelanjaan sehari hari. sepatutnya perbelanjaan dibulan ramadhan menjadi rendah kerana dah hampir 14 jam kita tidak makan dan minum tapi dah menjadi terbalik. perbelanjaan isi rumah meningkat berkali kali ganda dari hari biasa. ramadhan dianjurkan memberi sedekah bukannya menghabiskan duit untuk membeli makanan dan minuman yang terlampau.
puasa tidak lagi mengajar manusia islam dimalaysia memahami betapa perit dan azabnya hidup orang miskin dan papa kedana. puasa umat islam dimalaysia mengajar penganutnya makan berlebihan dan makan lebih sedap dari hari biasa. hari biasa makan nasik berlaukkan ikan tapi dibulan puasa ayam dan daging menjadi santapan. bagaimanakah nak merasa azab dan sengsara orang lain yang miskin yang hidup makan sekali sehari. nak makan sedap setahun sekali pun susah. nilai puasa dah tak memberi erti kepada umat islam dimalaysia. ia dianggap sebagai lesen untuk menyambut hari raya tak lebih dari itu. raya diutamakan lebih dari menyambut ramadhan almubarak. trend berbelanja mewah dibulan puasa diteruskan saban tahun. jadi dimana manis berpuasa? dah tiada dalam jiwa umat islam dimalaysia. inilah kerja kerja umno yang mana memberikan salah fikiran kepada rakyat malaysia yang berugama islam.
semoga tahun ini, umat islam dimalaysia berubah, dengan keadaan ekonomi yang sangat nazak umat islam dimalaysia perlu berubah. jadikan puasa satu pemangkin kepada penjanaan ekonomi baru. berbelanja ala kadar dan mengikut kemampuan kita. bersedekah dan berdermalah sebanyak mungkin seolah ramadhan ini adalah ramadhan terakhir kita. jangan harap sangat kita akan dapat ramadhan di tahun akan datang. rebutlah peluang dimasa tubuh kita sihat. semoga ramadhan ini memberi keinsafan kepada kita semua. saya berpesan kepada anda dan juga diri saya agar kita sama sama mencari keredhaan ilahi bukannya keredhaan manusia. bersama samalah kita mengejar pahala dibulan yang mulia ini. tinggalkan sikap buruk sangka, tinggalkan perkara perkara mungkar. aku berharap ramadhan ini agar memberi impak yang lebih besar kepada perjuangan islam dimalaysia.
Monday, August 09, 2010
mode gossip - macam2 hal
salam...
sabtu lepas aku ke Ipoh.. naik KTM shuttle dari KL Sentral 0925, sampai stesen KTM Ipoh jam 1225.. mmg sharp dan on time.. cumenye aku duduk dgn brader yg sedikit besar badannye berbanding dengan aku.. so aku kene mengecikkan diri dari kl sentral sampai ke tapah road.. syukur jugak lah sbb aku tido jerr sepanjang time tuh hahaha..
dalam train, seat aku di bahagian tengah, maka terbantutlah niat aku nak layan pemandangan sepanjang track.. dari tapah road (setelah aku dpt seat sebenar aku.. aku 6D-window okeh kekeke) ke ipoh barulah dapat layan.. cantik jugak pemandangan.. aku jadi kagum bile train melalui KTMB International Centre (Stesen batu Gajah).. punyelah besor tempat tuh, selama nie aku tengok dalam cite Thomas & Friends jerr.. kenkadang tengok kat Chugginton haha.. tige train baru KTMB dah ada kat situ.. mane lagi 3? belum setel hal komisen kot wakakakaka...
sampai stesen Ipoh, aku lepak2 dulu layan gerabak2 kat situ disusun semula.. dah puas ati kire bape gerabak tong minyak yang ada, aku gerak ke stesen bas Ipoh (bas loncat).. kat situ ada laksa dan cendol.. last aku pegi 15 tahun dulu.. masih adakah? haha maka dari situ hinggelah ke rumah kakak aku, ade la aku snap 2 3 gambor sebagai bukti.. layankannn
Thursday, August 05, 2010
Mode family - challenge!!!
message of the day --->> CHALLENGE!!!!
adakah buntu?? hampir2... semoga kembali kepada yang nyata :D