Wednesday, December 23, 2009

mode bola - buang la hikayat politik mike tuh

Salam...

sile bace dengan teliti.. seb baik kat Perak tak libatkan raja2.. kalo tak mau jugak raja kene sound.. ampun sembah durkaha tuanku... kehkehkeh

Part 1: Saya baru-baru ni sedar bahawa ramai di antara kita yang merasakan bahawa pelembagaan PAFA adalah perlembagaan yang paling tertinggi dalam arena bola sepak negeri Perak. Memang betul kenyataan tersebut tetapi kita harus sedia maklum bahawa PAFA ini ataupun mana-mana Persatuan negeri tetap tertakluk dalam perlembagaan FAM, dan FAM sendiri semasa saya menjadi Ahli Majlis bebas ketika itu, terpaksa membuat pindaan kepada beberapa perkara dalam perlembagaan sebab tidak mengikut atau tidak sesuai dengan perlembagaan FIFA. Jadi FIFA meminta FAM untuk akur dengan perlembagaan FIFA.

Ini menunjukkan FIFA itu macam ayah kepada kita semua, FAM itu abang dan kita adik-adik. Kita berada dalam keluarga FIFA. Apa yang kita buat di peringkat negeri ataupun di peringkat daerah kalau tersilap, ada sangkut pautnya dengan FAM, dan ada sangkut pautnya dengan AFC, dan ada sangkut pautnya dengan FIFA. Maka apabila saya dengan kawan-kawan saya ingin merumuskan serta mempersiapkan peraturan dan tatatertib untuk PAFA, saya perlu mengambil kira perlembagaan FAM, perlembagaan FIFA dan juga peraturan-peraturan FIFA dan FAM. Jadi apa yang terdapat bersama dengan tuan-tuan tentang kod etika, tatatertib dan disiplin sebenarnya bukan saya memetik dari langit ataupun saya mencipta sendiri atau mengikut, ikut suka saya, tidak. Ia sebenarnya merangkumi segala peraturan kod etika, tatatertib dan disiplin FAM dan FIFA. Ini saya buat kerana kalau ada bantahan dari mana-mana pihak yang menyatakan “oh ini tak betul”, “ini tak betul” maka secara tak langsung mereka menyatakan disini juga bahawa FIFA tak betul.

Jadi saya telah menentukan apa yang ada pada tuan-tuan sekarang di dalam kod etika, tatatertib dan disiplin adalah sebenarnya dari FIFA dan FAM. Permulaan ucapan saya, saya kata bapa ialah FIFA, tuan-tuan mesti sedar bapa kita ialah FIFA, FAM tidak boleh buat sewenang-wenang peraturan, FIFA duk tengok kat atas. Silap-silap hari bulan kita jadi macam Brunei, Iran semua kena gantung. Dan kalau FIFA gantung kita jangan lupa ya saya nak beri penekanan di sini, ramai yang tidak tahu. Kalau FIFA mengantung ahli gabungannya, toksah kata mana-mana Persatuan negeri la, FAM kena gantung, PAFA kena gantung, semua kena gantung, daerah kena gantung, friendly game pun kita tak boleh buat.... apa benda pun tak boleh. Total ban means no soccer activity, tidak ada aktiviti bola sepak.Itu FIFA punya ban.

Jadi kita harus berhati-hati. Sebab itu saya rasa briefing ini penting. Ramai di peringkat negeri-negeri yang tak tahu FIFA punya ruling. Dia punya artikel 17 very clear. Artikel 17 tidak ada campur tangan oleh mana-mana pihak politik, kita tidak buat undi tidak percaya, kita tidak boleh EGM untuk menjatuhkan (Presiden), tidak boleh. Itu artikel 17 FIFA. Berhati-hati. Jangan pakai sain saja. Nanti semua kena gantung.

Part 2: No politics in sport, no race in sport, no religion in sport. Sport is sport, football is football. Itu sebenarnya peminat bola sepak. Sebab peminat bola sepak dia akan utamakan bola sepak dahulu.

Part 3: Ya dari segi politik saya ialah Naib Ketua Bahagian UMNO Taiping tetapi dalam bola sepak saya bukan UMNO. Dalam bola sepak saya bukan UMNO. Dalam bola sepak Dato Seri Nizar bukan PAS. Dalam bola sepak YB Chia bukan DAP. Semua adalah Ahli Majlis PAFA. Semua pakai baju hitam, kuning, putih. Saya harap tuan-tuan pun fikir dan ikut sekali aliran minda saya. Ketepikan kepentingan peribadi kita.

Part 4: Kita harus bangkit, harus bangkit dan kita perlu menghentikan menunding jari kepada mana-mana pihak. Don’t find fault with others. Look at yourself. Cerminkan diri sendiri dulu. Kita ada kelemahan. Saya ada kelemahan. Banyak kelemahan saya - END -

Sedutan ucapan Dato' Seri Abdullah Hishan bin Mohd Hashim (Pengerusi J/K Disiplin Dan Tatatertib, Persatuan Bolasepak Perak PAFA) berkaitan Disiplin Bolasepak, FAM dan FIFA di Majlis Undian Piala Dato' Seri Nizar - Piala Presiden PAFA) bertempat di Trolak Country Resort, Sungkai, Perak pada 19hb. Disember 2009. tak caye??? pi kat sini http://pakcumy.blogspot.com/2009/12/antara-disiplin-fam-dan-fifa.html

1 comment:

Anonymous said...

анекдоты видео бесплатно
порно фото секритарши
секс издевательства
женчины порно
семейное секс фото бесплатно
секс шопы луганска
porno 15 16
секс звери
sex net ru
халявный секс