Friday, December 24, 2010
mode fameli - pindahnya aku
huuuu senyap balik... maklum le sibuk dengan keadaan tempat kerja baru... iyeaaahoooooo aku dah balik kampung!!!!
next week... akan pindah secara keseluruhan dari segi fameli dan barang2 penting ke Ipoh... next year?? tunggu cerita selanjutnya...
last but not least... kome dah tengok ke hantu kak limah balikk rumah?? keh keh keh
Thursday, October 28, 2010
mode fameli - nawaitu hampir termakbul
huuuu.. nawaitu nak Kipoh hampir termakbul.. nunggu ofisyel soghat daghi HR jerr.. pastu berbondong2 ler aku dan keluarga memulakan tapak hidup baru di Ipoh.. semoga Allah memudahkan semua urusan penghijrahan ini..
1 Dec 2010.. atas izinNya.. akanku jejak tempat kelahiranku.. IPOH, tunggu kedatanganku!!!
Wednesday, September 29, 2010
mode ofis - aku nak koje Ipoh
aku nak pindah ipoh atau teluk intan atau setiawan atau paling jauh tepen.. aku nak menyeteldaunkan family aku di area yang berdekatan dengan famili besor aku.. aku mmg jenih fameli man, makanya aku rasa aku perlu mengukuhkan hubungan kekeluargaan aku dengan fameli aku dan inlow aku...
skrg nie, ada post kosong kat tepen, sebagai trainer/exec school of telecommunication.. topik/skop adalah very technical dan aku mmg takde background technical.. aku berpendapat yang 75% boss2 aku dah agree, cuma sorang yang tak bape agree kerana beliau seorang technical background dan berpegang kepada mitos : there is no chance for non-technical background to jump into technical subject..
bagi aku, tekad aku tinggi untuk berhijrah dan mitos ini adalah salah satu cabaran yang aku kena tempuh untuk mencapai matlamat aku.. yes.. mitos ini menjadikan technical itu sebagai privilage kepada orang di bidang tersebut dan secara tidak langsung merendahkan martabat management/business background.. it's all about concept and practical engineering.. and people with the right attitude will always do their best wherever they are.. and i'll prepare myself to take the challenge, its now up to that person to challenge her principle of life!
true story: ada budak high flyers di universiti tapi bila masuk keje, boss kene duduk sebelah even untuk tulis surat rasmi.. ada budak hanky panky kat universiti, tapi kreativitinya tinggi di tempat kerja.. korang ingat senang ke nak nakal2 kat sekolah/kolej/universiti kalo kreativiti tak tinggi?? kehkehkeh
wassalam
Tuesday, September 28, 2010
mode bola - banyak citerrr
koje dah tak banyak.. so banyak membaca untuk menambah ilmu.. tapi banyak sangat bace kenkadang tuh pening jugak.. 1. mate ngantuk ngadap pc/laptop 2. information overload, byk sgt bahan bacaan yang berkaitan sampai tak tahu nak fokus 3. persepsi orang yang apabila kita rilex membaca blog, bagi mereka itu adalah membuang masa kerana bagi mereka membaca = baca buku.. waddefiysss..
raya baru nie, aku cuti lama.. bermula 28 Ogos sampai la 19 September, ikut kire hari, ada la dalam 23 hari solid molid aku cuti.. seminggu lepak KL 2 minggu solid di Teluk Sareh / Lekir / Ipoh.. terbaik, siap sempat beraya di pasar malam cameron highlands lagik haha.. the best is, kalau aku dari Setiawan ke Ipoh.. aku haram takyah bayar sesen pun tol dan keadaan jalan adalah cantik, dua lane, banyak traffic light jerr.. kalau aku memilih nak bayar tol.. aku akan masuk tol simpang pulai dan exit di tol Ipoh Selatan.. rm1.80 shj.. tadak makan roti jam di jalan, cume gaya pemanduan Ipoh drivers yang angak santai walaupun di lane tengah haha..
semasa cuti raya, sempat jugak aku ke stadium Ipoh, layan Piala Malaysia Perak vs ATM.. game bagi aku biasa jerr.. tak excited sgt pun.. excited pun sebab nak jumpe kenkawan yang 'baikot' liga Malaysia kakaka.. game pun tak menarik tambahan plak bila dpt tau refnye dari Selangor.. takyah sembang la Malaysia nak maju bab bola neyh kalo ref pun jenih kenegerian wakaka.. tapi bab ref nie aku maleh nak kecoh, yang aku nak kecoh adalah bab venue coordinator.. apekah tugas utama venue cooridnator nie sebenonye ekk?? pada aku, bila disebut coordinator nie.. die kene amik tau semua perkara A to Z.. die event coordinator.. die conductor kepada satu persembahan orkestra.. die floor manager even ke bab cleaner pun die kene amik tahu.. dan semestinya bab penyusunan penyokong2 di dalam stadium jugak adalah keje coordinator.. (sorry intro panjang berjela)
yang menghanginkan aku adalah kenapa penyokong2 ATM (diangkut secara beramai2 naik trak, bas, kurang sgt yang datang naik kereta/motor sendiri - minyak bas/trak sape bayar? rakyatttt jugak!)dibenarkan duduk di bahagian atas kawasan berbumbung stadium Perak? siap bawak drum pelbagai, pastu pukul dengan irama yang menjahanamkan gendang penyokong Perak.. last2 macam gumpunk bunyi drum dan gendang dipalu.. sakit telinga jerr.. bukankah di setiap venue dah di allocatekan tempat untuk penyokong pasukan lawan? nape tak arahkan dorang duduk area sane? tak paham tol aku.. makan elaun buterr jer coordinator neyh.. setakat sakit telinge keme maki tuh takde hal punye.. tak tahan kene maki baik dok jerr kat umah tunggu kenkawan apdet wakaka.. mmg semak arr drum ATM mase tuh, bunyi nak soh berkawad pun ada kakaka..
pelngalaman aku mase join fan2 Perak folo team ke sana sini, siap kene sound lagi jgn pukul gendang sebab ganggu VVIP.. cam haram.. dah la masuk free, makan free pastu nak tengok bola dalam keadaan senyap, baik pegi library weh!! aku ingat yang bagi arahan tuh mmg tahap pencacai penjilat aah.. mangang!!skrg nie, fan2 berbayar dibior jerrr pedih telinge gendang udah macam bunyi babun berselang dengan drum.. tuan rumah plak tuh!! cam haremmm...
sekali aku pegi stadium, ada jerr below par punye isu yang aku alami.. jangan sembang pasal kejayaan kalau usaha sekadar di pinggiran.. cheewah... akhir kalam.. bile lah FAM nak dapat presiden baru (dalam erti kata lain?? haha teka arrr.. kang aku tulis, mau aku kene ISA)
wassalam!
Wednesday, August 18, 2010
mode ilmu - mari bersedekah
Sekadar berkongsi cerita project2 yg sedang saya jalankan:
a) Satu program penduduk weekend ni meraikan 80 org anak2 yatim dari Kampung Melayu Subang, so sapa2 nak bersedekah, boleh berjumpa atau personally mail kat saya. Sedekah bukannya dlm bentuk wang ringgit sahaja tapi macam2 boleh ie. Sabun basuh, ubat gigi, beras, minyak masak, barang2 dapur etc. No limits.
b) Saya juga mendapat tahu ada satu rumah anak yatim di Kampung Medan yg memerlukan bantuan. Syukur pada Allah kerana gerakkan hati saya untuk telefon Kak Kamariah - penaung tu yesterday. Saya kenal dia melalui satu program yang lepas. Saya memberi salam dan bertanya khabar, macamana puasa anak2 disitu. Kak Kamariah menjawab salam saya, diam seketika dan dgn sedih dia berkata," Dik, makanan semakin berkurangan dan tak cukup jadi kita orang berbuka puasa ngan mee hoon sahaja! Subhanallah - terkejut saya. Makan beehoon ni byk mulut boleh makan. Tambahnya lagi, nak buat macamana katanya, itu saja yg Akak mampu.
Remuk hati saya, mengalir air mata saya. Terbayang depan mata saya makanan berbuka puasa saya semalam. Kita dikurniakan rezeki boleh makan dan beli apa saja sedangkan anak2 seramai 80++ berbuka puasa makan meehoon saja bersulamkan air suam! Saya katakan pada Kak Kamariah supaya jangan risau. Insyaallah ramai akan membantu,
Bantuan emergency telah dihulurkan oleh beberapa pihak sejak semalam tapi jika ada yg masih ingin membantu, boleh melalui saya (akan kesana weekend ni, kalau bukan saya, sahabat saya) atau terus ke:
Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kampung Medan
No.9 Lorong PJS 2C/11C, Taman Sri Medan 46000 Petaling Jaya
03-77814402
Puan Kamariah Lasim cimb a/c 12600001526201
Ini bukanlah kes asing. Byk lagi rumah2 anak Yatim yg senasib begini. Carilah mereka. Remember, for things to change, I must change first! Get out of your comfort zone as its time for you to give back to them. Remember, "Hak mereka ada pada anda", jgn sampai dituntut diakhirat kelak, confirm sangkut! so be a SHAKER and TAKE ACTION!
Tuesday, August 17, 2010
mode ilmu - mak ayah aku akan tetap mak ayah aku
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t.menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.
Friday, August 13, 2010
mode ilmu - jangan derhaka pada anak-anak
Lantaran Surau al-Furqan telah mengosongkan slot pagi Ahad, ia telah memberi peluang kepada ahli qariah untuk 'bertebaran di mukabumi' mencari pengisian di luar kawasan. Satu lagi program menarik pada hujung minggu ini. Kali ini, persatuan Nisa Shah Alam telah menganjurkan satu 'Talk Show' bersempena dengan sambutan Hari Ibu. Tajuk Talk Show tersebut adalah 'Setitis Air Mata Ibu'. Yang menarik perhatian penulis ialah ahli panel yang dijemput terdiri dari Ustaz Hasrizal Abd Jamil iaitu pengendali laman sesawang Saifulislam.com dan seorang tokoh motivasi wanita yang terkenal di tanahair iaitu Dr Rubiah K Hamzah. Program tersebut telah diadakan di dewan seminar di tingkat bawah Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah di Shah Alam, bermula dari jam 9:30 pagi.
Inilah kali pertama penulis membawa isteri menghadiri kursus atau seminar di luar kawasan Puncak Alam. Setibanya di Masjid Negeri, kawasan parkir di sekitar masjid telah sesak dengan kenderaan. Sangkaan penulis, hebat sungguh sambutan program kali ini. Oh, rupa-rupanya ada beberapa program lain sedang berlangsung di sana termasuk kursus persediaan bakal haji dan kursus perkahwinan kepada bakal pengantin. Riuh rendah juga kawasan di sekitar ruang bawah masjid dengan pelbagai aktiviti dan juga gerai khas yang menjual barangan.
Apabila memasuki dewan seminar yang sudah sesak dengan para Muslimat kebanyakannya dan sedikit Muslimin di suatu sudut, penulis berjumpa pula dengan seorang ahli qariah Puncak Alam. Juga terdapat beberapa Muslimat dari Puncak Alam yang menghadiri program tersebut.
Beberapa point yang sempat penulis catatkan semasa program telah diringkaskan seperti di bawah:
Di antara ulasan yang diberikan oleh Ustaz Hasrizal termasuk:
1. Hadith akhir zaman mengenai tanda-tanda kedatangan hari qiamat – salah satu tanda yang disebut oleh Nabi SAW ialah apabila perempuan melahirkan anak-anak yang akan menjadi tuan kepada mereka. Gambaran akhir zaman dengan gejala anak yang derhaka akan menjadi satu perkara biasa. Proses lahirnya anak-anak yang derhaka bukanlah berlaku secara mengejut tetapi ianya lebih merupakan proses yang beransur-ansur sehingga ianya tidak mengejutkan dan dianggap perkara biasa.
2. Komentar tentang ungkapan Imam al-Ghazali yang sering disalah tafsir iaitu tentang perbezaan di antara lelaki dan wanita mengenai akal dan nafsu/emosi. Di antara faktor yang melayakkan wanita menjadi ibu yang mengandung anak di dalam rahimnya selama lebih 9 bulan adalah kerana emosi dan kasih sayang serta kesabaran yang tinggi. Ustaz sempat membuat andaian sekiranya lelaki dipilih untuk mengandung, mereka akan merungut dan tidak akan sanggup untuk melakukannya untuk kali ke-2 atau ke-3.
3. Kisah Juraij yang kuat beribadat sehingga melukakan hati ibunya kerana tidak menyahut seruan ibunya yang datang berkunjung ke rumahnya sebanyak beberapa kali. Kemarahan ibu dan kemakbulan doanya telah menyebabkan Juraij mendapat ujian yang sungguh berat apabila difitnah melalukan zina dengan seorang pelacur sehingga melahirkan anak. Beliau bagaimanapun diselamatkan maruahnya apabila Allah swt mentakdirkan anak yang baru lahir tersebut dapat berkata-kata dan menceritakan perkara sebenarnya.
4. Ayat al-Qur’an dari surah al-Isra’ mengenai batas derhaka kepada ibubapa ialah dengan sebutan ‘uff’. Ustaz Hasrizal telah membuat kajian mengenai penggunaan perkataan ‘uff’ dalam masyarakat Arab. Hasil dari pemerhatian beliau, ‘uff’ dalam budaya Arab sama seperti bunyi ‘chtt’ yang biasa digunakan oleh masyarakat kita di Malaysia yang menandakan keengganan atau keluhan.
5. Anak-anak dilahirkan secara fitrah dan setiap seorang mempunyai potensi yang sama tidak kira dari keluarga mana sekalipun. Ibubapalah yang mencorakkan mereka menjadi individu tertentu.
6. Pemerhatian beliau mengenai perbezaan cara di antara masyarakat Barat dan Melayu dalam melayani karenah anak-anak. Dalam suatu perbualan yang sempat dirakamkan beliau, seorang bapa ‘orang putih’ sanggup melayan persoalan demi persoalan yang diutarakan oleh anaknya dan memberikan jawapan yang benar. Lain pula pengalaman kita di Malaysia yang mana ibubapa selalu memotong cakap anak-anak kerana sikap malas untuk melayan persoalan-persoalan mereka. Hasilnya di Barat, anak-anak yang dilatih berfikir sejak kecil sebilangannya menemui dan memeluk Islam. Dan di Negara kita, ketandusan ilmu dan kemalasan berfikir menyebabkan anak-anak muda meninggalkan agama.
7. Penekanan kepada bentuk-bentuk nafkah yang wajib diberikan kepada anak-anak untuk memastikan keseimbangan dalam pembentukan sahsiah – nafkah fizikal seperti makan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya, nafkah akal iaitu ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah, dan nafkah emosi iaitu kasih-sayang yang ikhlas.
8. Berilah masa dan ruang kepada anak-anak untuk mengutarakan pendapat mereka dan ibubapa memberi perhatian untuk mendengarnya.
9. Sebelum anak-anak menjadi penderhaka, hakikatnya, ibubapalah yang telah lebih dahulu menderhakai anak-anak mereka. Betapa ramai ibubapa yang kononnya sayang kepada anak-anak mereka tetapi hakikatnya menyediakan mereka untuk dibakar di dalam api neraka.
10. Anak-anak walaupun sekiranya tidak dapat mengasihi ibubapa mereka atas faktor-faktor tertentu, mereka masih wajib menjaga kebajikan mereka terutama semasa mereka di usia tua dan menghormati dan mentaati mereka kerana itu adalah tuntutan agama.
Sementara Dr Rubiah pula menerangkan beberapa point dengan cara penyampaian yang menarik.
1. Pertamanya beliau memberi komentar mengenai sambutan Hari Ibu. Secara peribadi, beliau tidak bersetuju Hari Ibu disambut sepertimana yang dibuat oleh masyarakat Islam hari ini kerana asal-usul Hari Ibu adalah dari amalan masyarakat Kristian iaitu sambutan hari 'Mother Mary' atau 'Tuhan Ibu'. Walaupun pengisian yang dibuat adalah baik dan menepati syarak, ‘bekas’ yang digunakan tetap bukan berasal dari Islam. Ini adalah satu dakyah Kristian untuk membuat masyarakat Islam terikut-ikut dengan budaya mereka, dan mereka gembira walaupun ianya tidak 100% sama seperti apa yang mereka lakukan.
2. Ibu perlu mendidik anak supaya taat kepada Allah swt terlebih dahulu sebelum mentaati ibu. Anak-anak perlu dididik menjadi hamba Allah yang sebenarnya. Merasai Allah swt sangat dekat dengan diri kita dapat mengawal diri kita bukan sahaja di dalam solat tetapi pada setiap masa.
3. Selain dari tiga nafkah yang telah disebutkan oleh Ustaz Hasrizal, Dr Rubiah menambah satu lagi jenis nafkah yang perlu diberikan oleh ibubapa iaitu nafkah rohani.
4. Dr Rubiah menekankan tiga persoalan yang perlu sentiasa difikirkan oleh setiap individu:
a. What do I think? Atau apa yang aku fikirkan sekarang? Umat Islam perlu sentiasa berfikir dan berfikiran positif. Melihat situasi sekeliling dan mencari-cari kesalahan orang lain tidak akan membawa sebarang kebaikan. Apa yang perlu difikirkan ialah apakah sumbangan yang dapat kita lakukan untuk memperbaiki keadaan.
b. How do I feel? Atau apakah perasaan saya? Selain berfikiran positif, kita juga perlu berperasaan positif.
c. Who am I? Atau siapa saya. Menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah kita perlu melihat manusia lain sebagai hamba Allah, dan tugas kita adalah menyampaikan dan menasihati dengan ikhlas.
5. Dalam menjawab persoalan dari hadirin mengenai perbezaan di antara nasihat dan leteran, beliau menekankan bahawa leteran datang dari emosi. Nasihat perlu datang dari hati yang ikhlas. Beliau memberi beberapa contoh teguran atau nasihat yang ikhlas, selalunya dilakukan dalam nada suara yang rendah tetapi menusuk ke hati pendengarnya. Penggunaan suara yang tinggi/lantang tidak semestinya mendatangkan apa-apa hasil yang diharapkan.
6. Dalam memberi respon kepada komentar dari seorang ibu tunggal mengenai permasalahan anak-anak lelaki, Dr Rubiah menegaskan bahawa masalah hari ini dihadapi oleh kedua-dua jantina berdasarkan kepada pengalaman beliau mengendalikan sesi kauseling.
7. Beliau juga sempat membawa contoh di mana ibubapa tidak seharusya memberi layanan yang berbeza kepada anak-anak, dan jangan sekali-kali melabelkan mereka. Dalam satu kisah benar yang melibatkan keluarga yang kesemua anaknya berpelajaran tinggi kecuali seorang adik yang tercicir. Ibubapa it dengan mudah melabelkan anak yang tercicir tersebut sebagai ‘tidak menjadi’. Abang dan kakak lain yang berpangkat besar akhirnya sering tiada masa untuk menziarahi ibubapa hatta apabila mereka sakit sekalipun. Adik yang ‘tidak menjadi’ itulah yang bekerja sebagai pemandu teksi, yang kerap menjadikan teksinya sebagai kenderaan untuk membawa ibubapa yang uzur untuk mendapat rawatan sehinggalah keduanya meninggal dunia, dan akhirnya dikebumikan tanpa menanti kepulangan abang-abang dan kakak-kakak. Apalah faedahnya mereka datang untuk melihat mayat sedangkan mereka tiada masa untuk menziarahi ibubapa mereka sewaktu mereka masih hidup.
8. Dari segi teorinya, masyarakat Barat telah mendidik anak-anak mereka menjadi manusia yang serba lengkap tetapi akhirnya mereka menjadi golongan yang mengabaikan kebajikan ibubapa mereka apabila tua. Ketandusan pendekatan kerohanian dan hubungan dengan Allah swt adalah diantara punca utama kepada permasalahan ini.
YB Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam sempat tiba di lokasi lebih kurang 20 minit sebelum pogram berakhir. Beliau sempat menjadi mangsa ceramah Dr Rubiah kerana datang seorang diri tanpa membawa isteri. Penutup majlis dilakukan oleh Ustaz Hasrizal dengan bacaan doa yang dibaca dalam dwibahasa.
Wednesday, August 11, 2010
mode ilmu - puasa Islam Malaysia
malam pertama tarawih dan witir, bagi yang dah lama tak sujud banyak banyak terasa pening pula kepala hotak ni, yang dah lama tak nama muka kat masjid dan surau dah nampak kembali, mujurlah allah bagi bulan ramadhan adalah juga hati nak datang berjemaah kat masjid surau. alangkah indahnya hidup ini jika sentiasa memenuhi masjid surau berjemaah solat maghrib dan isyak. tak apalah sekurangnya sebulan ini penuh le masjid orang berjemaaah. walaupun 15 hari puasa nanti makin kurangle orang berjemaah. dinegara lain manusia islam berebut nak mengerjakan amalan dibulan puasa dimalaysia manusia islam duk berebut nak raya. raya lebih penting dari amalan yang memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari hari biasa. dimesir menyambut puasa lebih meriah dari menyambut syawal. orang islam disana menangis jika berakhirnya ramadhan dan dimalaysia diakhir ramadhan manusia islam makin gembira.
mungkin dimalaysia tradisi menyambut raya diberikan penumpuan terlampau terutamanya oleh media massa. manusia islam dimalaysia terus dihanyutkan oleh arus yang salah. ramadhan dianggap bulan mendera kerana terpaksa menahan lapar dan dahaga. puasa dah dijadikan alasan untuk bermalas malasan untuk melakukan pekerjaan. produktiviti makin menurun dibulan puasa padahal islam mengajar penganutnya lebih produktif bila menjelang puasa. apabila petang manusia islam lebih suka memenuhi pasar pasar yang memberikan pelbagai juadah untuk berbuka puasa. membeli makanan pada kadar kalau dilihat bagaikan tak makan sebulan lamanya. esok beli lagi sekaligus meningkatkan perbelanjaan sehari hari. sepatutnya perbelanjaan dibulan ramadhan menjadi rendah kerana dah hampir 14 jam kita tidak makan dan minum tapi dah menjadi terbalik. perbelanjaan isi rumah meningkat berkali kali ganda dari hari biasa. ramadhan dianjurkan memberi sedekah bukannya menghabiskan duit untuk membeli makanan dan minuman yang terlampau.
puasa tidak lagi mengajar manusia islam dimalaysia memahami betapa perit dan azabnya hidup orang miskin dan papa kedana. puasa umat islam dimalaysia mengajar penganutnya makan berlebihan dan makan lebih sedap dari hari biasa. hari biasa makan nasik berlaukkan ikan tapi dibulan puasa ayam dan daging menjadi santapan. bagaimanakah nak merasa azab dan sengsara orang lain yang miskin yang hidup makan sekali sehari. nak makan sedap setahun sekali pun susah. nilai puasa dah tak memberi erti kepada umat islam dimalaysia. ia dianggap sebagai lesen untuk menyambut hari raya tak lebih dari itu. raya diutamakan lebih dari menyambut ramadhan almubarak. trend berbelanja mewah dibulan puasa diteruskan saban tahun. jadi dimana manis berpuasa? dah tiada dalam jiwa umat islam dimalaysia. inilah kerja kerja umno yang mana memberikan salah fikiran kepada rakyat malaysia yang berugama islam.
semoga tahun ini, umat islam dimalaysia berubah, dengan keadaan ekonomi yang sangat nazak umat islam dimalaysia perlu berubah. jadikan puasa satu pemangkin kepada penjanaan ekonomi baru. berbelanja ala kadar dan mengikut kemampuan kita. bersedekah dan berdermalah sebanyak mungkin seolah ramadhan ini adalah ramadhan terakhir kita. jangan harap sangat kita akan dapat ramadhan di tahun akan datang. rebutlah peluang dimasa tubuh kita sihat. semoga ramadhan ini memberi keinsafan kepada kita semua. saya berpesan kepada anda dan juga diri saya agar kita sama sama mencari keredhaan ilahi bukannya keredhaan manusia. bersama samalah kita mengejar pahala dibulan yang mulia ini. tinggalkan sikap buruk sangka, tinggalkan perkara perkara mungkar. aku berharap ramadhan ini agar memberi impak yang lebih besar kepada perjuangan islam dimalaysia.
Monday, August 09, 2010
mode gossip - macam2 hal
salam...
sabtu lepas aku ke Ipoh.. naik KTM shuttle dari KL Sentral 0925, sampai stesen KTM Ipoh jam 1225.. mmg sharp dan on time.. cumenye aku duduk dgn brader yg sedikit besar badannye berbanding dengan aku.. so aku kene mengecikkan diri dari kl sentral sampai ke tapah road.. syukur jugak lah sbb aku tido jerr sepanjang time tuh hahaha..
dalam train, seat aku di bahagian tengah, maka terbantutlah niat aku nak layan pemandangan sepanjang track.. dari tapah road (setelah aku dpt seat sebenar aku.. aku 6D-window okeh kekeke) ke ipoh barulah dapat layan.. cantik jugak pemandangan.. aku jadi kagum bile train melalui KTMB International Centre (Stesen batu Gajah).. punyelah besor tempat tuh, selama nie aku tengok dalam cite Thomas & Friends jerr.. kenkadang tengok kat Chugginton haha.. tige train baru KTMB dah ada kat situ.. mane lagi 3? belum setel hal komisen kot wakakakaka...
sampai stesen Ipoh, aku lepak2 dulu layan gerabak2 kat situ disusun semula.. dah puas ati kire bape gerabak tong minyak yang ada, aku gerak ke stesen bas Ipoh (bas loncat).. kat situ ada laksa dan cendol.. last aku pegi 15 tahun dulu.. masih adakah? haha maka dari situ hinggelah ke rumah kakak aku, ade la aku snap 2 3 gambor sebagai bukti.. layankannn
Thursday, August 05, 2010
Mode family - challenge!!!
message of the day --->> CHALLENGE!!!!
adakah buntu?? hampir2... semoga kembali kepada yang nyata :D
Saturday, July 31, 2010
mode _ _ _ _ _ - 30 tambah 1
aku ade... selamat... sihat.. sejahtera... hidup lagi... atas urusan kerja yang berbagai, urusan keluarga yang semakin dinamika dan juga perihal sekeliling yang semakin carca marba hasil tangan Bijan and Co maka aku diamkan aje blog nie...
bace blog2 orang pun dah cukup untuk membuatkan aku rasa macam2.. sonok, lawak, kelakar, semangat, dapat ilmu dsb.. ada jugak yang menyebabkan energy hilang, menyampah, macam bagus, perasan, bangang, bengong dsb...
oleh itu pesanan untuk sumerr ahli masyarakat.. kalo rase nak attack orang.. pk2 la sumpahan jarak jauh dari orang yang kite attack.. kalo rase kene attack plak.. besar2kan lerr hati itu supaya attack tersebut tidak memakan diri sendiri.. align pastu redirect haha..
nak tahu lebih, sila tanya depan2 haaa.. hahahaha
salam
Monday, January 25, 2010
mode gossip - perghhhhhh
perghhhh ade banyak mende aku nak tuleh.. dari bab Aizat menang AJL.. bab team Harimau Muda A.. bab FAM belasah gantung Jali suke ati tekak bapak die jerrr dan macam2 lagik... memandangkan masa aku peruntukkan untuk kerja pejabat amat tinggi 2 3 minggu terkebelakang nie.. maka sume tuh tinggal nawaitu jelah...
jadual aku akan agak sendat... bukan agak mmg dah sah dah.. sampai ke pertengahan bulan February... itu yg dh confirm... yg dlm planning.. tunggu nak confirm jerrr hehehe...
anyway... aku sedang menunggu produk khusus untuk TM.. TM bagi kepada sume staff as platform to improve product offering & services.. dan kepada yg berpendapatan tinggi... nantikan roll-out HSBB dari TM yeah!!!!
last but not least untuk kali ini ditujukan khas untuk wife aku: thx for being with me.. understands my job and my commitment towards my job.. thx for supporting me all the time.. and whatever u do.. I'LL SUPPORT YOU!!!!
Wednesday, January 06, 2010
mode fameli - insan yang gila
Salam.. dalam hidup aku (setakat umur 30 tahun 5 bulan neyh) ramai orang gila(pesakit mental tahap kronik) yang aku jumpe.. mase kecik-kecik zaman sekolah rendah.. kat kampung aku ade seorang lelaki yang mental bernama Malik dan digelar Malik Gila.. seingat aku.. die tak pernah kaco aku.. cume bau badan die jerr yg sedikit mengganggu gugat kesegaran udara kampung di waktu pagi..
Lepas Malik Gila.. ada sorang lagik.. ala aku lupe name die CikLI ke CikAm ke tapi die lelaki.. yang aku dengar cite die nie dulu belajor kat universiti (USM kate org kampung).. tapi maybe die terlalu advance.. pelajaran telah mengganggu mental die dan akhirnya die macam sewel2 jugak.. tapi.. die nie jual ubat dan dipercayai ubat nie die proses sendiri.. Wallahu-Alam.. aku tak pernah terjah rumah die yang kelihatan usang dan dikelilingi semak samun..
Lepas brader nie.. aku takde la berurusan harian dgn orang2 yang dikatakan gila dari segi mental.. sehinggalah kawan2 y4e aku cite pasal Leha.. Leha nie cukup glamer sampai ade clip kat youtube lagik.. kisah die sadis jugak. aku kene keghobek2 (belek2) forum ke website mane ke pasal minah nie.. err kat youtube pun ade kot cite die.. baca kat ruangan comment.. (tadi aku cari kat youtube tak jumpe la plak)
makin lame hidup.. barulah sedar yang banyak gilerr sifat, sikap dan penyakit yang mmg gilerr.. aku kenal gila brand Nike, gila futsal, gile talak, gile bola, gile babi, gila sex, gila-gila, gila kerja, gila forum, gila facebook, gila sms dan gilagilagilagilagi lagi sampai aku pun rase lagi gila dari org yg gila tuh kekeke... hingga akhirnya aku terjumpa maksud gila yg sebenar iaitu Gila adalah apabila seseorang melakukan kerja yang sama berulang kali dan mengharapkan keputusan yang lain
contoh mudah.. Aiman (bkn Aiman hmc atau AimanKmn kekeke) kerja dengan gaji RM4,000 sebulan.. Aiman nak up pendapatan bulanan sehingga menjadi RM7,000.. so, mampukah Aiman dapat RM7,000 hanya dengan menjalankan kerja sedia ada sahaja? pasti tidak!Aiman kena buat kerja lain seperti jual kuih muih ke, join MLM ke, jual insurans/unit trust ke, buat blog yg menjana income ke, ngajar budak2 tuition, part time jadik runner jual pizza ke.. macam2 lagiklah.. seandainya Aiman buat diam jerrr kompom Aiman.. ko dah gila!!
inilah gila yang aku rasa mmg betul2 giler babas punyelah.. sampai kenkadang aku pun rase giler terbabas2... semoga kegilaan tanpa sedar ini jauh la hendaknya dari kita semua..
Tuesday, January 05, 2010
mode bola - MSL nak setat dh
Salam...
mode bola - Bola Asia
VS
Salam...
sesape ada lapang.. perlawanan seperti berikut:
Tajuk : UAE vs Malaysia
Tempat : Stadium Al-Shabab, Dubai, UAE
Masa : 11.00 p.m (waktu Malaysia)
Tiket: Percuma
Sesape yang ade kat Dubai.. sile layan game ini di stadium.. info: http://myuae-times.blogspot.com/2010/01/uae-vs-malaysia-6th-january-2010-al.html
info lanjut di http://www.harimaumalaya.com/forum/viewtopic.php?f=9&t=3221&start=120
tiada keputusan lain selain kemenangan dalam game neyh!! pastu baru bleh sembang nak pegi London ke Madrid Slovakia ke... (nape FAM suke beno dgn Slovakia nie ekk?)
*best lerr players.. bonus udah dpt.. pegi Dubai plak tuh.. heaven gilesss... tahniah2!
mode bola - Hero dah sampai
Monday, January 04, 2010
mode gossip - tahun 2010
huuu cuti lame.. sejak hari Khamis sampai semalam.. hari nie pun cabaran amat tinggi untuk ke ofis.. maklum le ujan setat sejak kol 2 pagi.. perghhhhh...
time kasih kepada yg sudi menyinggah gudang kacang ini.. mahap lerr tak best mane ponnn.. nuleh pun ikut 'dan' jerr (dan=sempat tak sempat gitu).. kalo tak berapdet seminggu due tuh kire normal lerr.. kalo sekali apdet 3 4 tajuk tuh pun normal.. mungkin jadi tak normal kalo aku apdet tiap2 hari dengan cite bola semata2 hehe...
so tahun baru.. banyak mende yang bakal baru dan banyak jugak yang bakal maintain.. dan aku nak meng'struktur'kan lagi blog aku nie.. mungkin kome prasan yang tajuk carca marba.. mulai sizen nie, aku nak buat 4 kategori jer:
1) mode ofis
2)mode fameli
3)mode bola
4)mode gossip
kot2 posting lame2 aku nak edit tajuk bagi standardize. hanya Allah yang Maha Mengetahuinye...
akhir kalam.. selamat mengharungi 2010 dengan jayanya.. dan terimalah hadiah dari kerajaan Malaysia iaitu GULA NAIK RM0.20!!!! kehkehkeh.. pangkah jangan tak pangkah wehhhhh