Monday, December 28, 2009
mode cuti - tak larat dah
perghhh.. bulan doblas kali nie mmg mencabar.. bagi mereka yg bekerja di Selangor.. mmg tak jumpe Jumaat di pejabat (kecuali yg keje syif).. di seluruh Malaysia plak.. 3 Jumaat tak jumpe kenkawan ofis... perghhhh...
Since aku koje kat KL.. aku dapat 3 Jumaat.. dan 2 Jumaat yg telah berlalu diisi dengan perkara berikut:
18 - 20 Dec 2009 - adik aku bertunang.. ko aku berada di kampung.. buah2an tinggal rambutan dengan dokong jerr.. aku berjaya panjat dokong dan menurunkan + - 10 kg of dokong..
25 - 27 Dec 2009 - fes taim aku meraikan kawan Kristian sempena Krismas.. aku mmg tak penah pegi makan2 time krismes nie.. sekali kat umah member aku ada kuih muih macam Aidilfitri jugak.. dan beriani istimewa oleh tuan rumah.. Tenkiu James & Sara.. next year aku dtg lagi hehehe (James bangsa India beragama Kristian..) 26 plak aku bawak Zidan ke klinik untuk appointment.. mamat nie nak dioperate angin pasang.. mengikut kata Doktor Hassan Mat General Surgeon KPMC.. 1 dari 167 akan mengalami situasi ini.. maka operation disetkan pada 31 Dec 2009 jam 2 petang... semalam, pegi melawat mak aku di HTI.. meriah gile bilik mak aku sbb macam berjanji jerr smlm sume turun beramai2.. dah la adik aku keje kat wad tuh.. mmg ibarat wad sendiri la wakakaka...
1 Jan 2010?? belum tau lagi plan.. kang aku plan bawak bebudak mandi kolam kat KLCC kang.. doktor marah plak.. maybe dok umah jerr sambil kemas2 umah dan layan tv.. watpe bayor Astro mahei2 tapi tak tgk pun kehkehkehkeh...
Wednesday, December 23, 2009
mode bola - buang la hikayat politik mike tuh
sile bace dengan teliti.. seb baik kat Perak tak libatkan raja2.. kalo tak mau jugak raja kene sound.. ampun sembah durkaha tuanku... kehkehkeh
Part 1: Saya baru-baru ni sedar bahawa ramai di antara kita yang merasakan bahawa pelembagaan PAFA adalah perlembagaan yang paling tertinggi dalam arena bola sepak negeri Perak. Memang betul kenyataan tersebut tetapi kita harus sedia maklum bahawa PAFA ini ataupun mana-mana Persatuan negeri tetap tertakluk dalam perlembagaan FAM, dan FAM sendiri semasa saya menjadi Ahli Majlis bebas ketika itu, terpaksa membuat pindaan kepada beberapa perkara dalam perlembagaan sebab tidak mengikut atau tidak sesuai dengan perlembagaan FIFA. Jadi FIFA meminta FAM untuk akur dengan perlembagaan FIFA.
Ini menunjukkan FIFA itu macam ayah kepada kita semua, FAM itu abang dan kita adik-adik. Kita berada dalam keluarga FIFA. Apa yang kita buat di peringkat negeri ataupun di peringkat daerah kalau tersilap, ada sangkut pautnya dengan FAM, dan ada sangkut pautnya dengan AFC, dan ada sangkut pautnya dengan FIFA. Maka apabila saya dengan kawan-kawan saya ingin merumuskan serta mempersiapkan peraturan dan tatatertib untuk PAFA, saya perlu mengambil kira perlembagaan FAM, perlembagaan FIFA dan juga peraturan-peraturan FIFA dan FAM. Jadi apa yang terdapat bersama dengan tuan-tuan tentang kod etika, tatatertib dan disiplin sebenarnya bukan saya memetik dari langit ataupun saya mencipta sendiri atau mengikut, ikut suka saya, tidak. Ia sebenarnya merangkumi segala peraturan kod etika, tatatertib dan disiplin FAM dan FIFA. Ini saya buat kerana kalau ada bantahan dari mana-mana pihak yang menyatakan “oh ini tak betul”, “ini tak betul” maka secara tak langsung mereka menyatakan disini juga bahawa FIFA tak betul.
Jadi saya telah menentukan apa yang ada pada tuan-tuan sekarang di dalam kod etika, tatatertib dan disiplin adalah sebenarnya dari FIFA dan FAM. Permulaan ucapan saya, saya kata bapa ialah FIFA, tuan-tuan mesti sedar bapa kita ialah FIFA, FAM tidak boleh buat sewenang-wenang peraturan, FIFA duk tengok kat atas. Silap-silap hari bulan kita jadi macam Brunei, Iran semua kena gantung. Dan kalau FIFA gantung kita jangan lupa ya saya nak beri penekanan di sini, ramai yang tidak tahu. Kalau FIFA mengantung ahli gabungannya, toksah kata mana-mana Persatuan negeri la, FAM kena gantung, PAFA kena gantung, semua kena gantung, daerah kena gantung, friendly game pun kita tak boleh buat.... apa benda pun tak boleh. Total ban means no soccer activity, tidak ada aktiviti bola sepak.Itu FIFA punya ban.
Jadi kita harus berhati-hati. Sebab itu saya rasa briefing ini penting. Ramai di peringkat negeri-negeri yang tak tahu FIFA punya ruling. Dia punya artikel 17 very clear. Artikel 17 tidak ada campur tangan oleh mana-mana pihak politik, kita tidak buat undi tidak percaya, kita tidak boleh EGM untuk menjatuhkan (Presiden), tidak boleh. Itu artikel 17 FIFA. Berhati-hati. Jangan pakai sain saja. Nanti semua kena gantung.
Part 2: No politics in sport, no race in sport, no religion in sport. Sport is sport, football is football. Itu sebenarnya peminat bola sepak. Sebab peminat bola sepak dia akan utamakan bola sepak dahulu.
Part 3: Ya dari segi politik saya ialah Naib Ketua Bahagian UMNO Taiping tetapi dalam bola sepak saya bukan UMNO. Dalam bola sepak saya bukan UMNO. Dalam bola sepak Dato Seri Nizar bukan PAS. Dalam bola sepak YB Chia bukan DAP. Semua adalah Ahli Majlis PAFA. Semua pakai baju hitam, kuning, putih. Saya harap tuan-tuan pun fikir dan ikut sekali aliran minda saya. Ketepikan kepentingan peribadi kita.
Part 4: Kita harus bangkit, harus bangkit dan kita perlu menghentikan menunding jari kepada mana-mana pihak. Don’t find fault with others. Look at yourself. Cerminkan diri sendiri dulu. Kita ada kelemahan. Saya ada kelemahan. Banyak kelemahan saya - END -
Sedutan ucapan Dato' Seri Abdullah Hishan bin Mohd Hashim (Pengerusi J/K Disiplin Dan Tatatertib, Persatuan Bolasepak Perak PAFA) berkaitan Disiplin Bolasepak, FAM dan FIFA di Majlis Undian Piala Dato' Seri Nizar - Piala Presiden PAFA) bertempat di Trolak Country Resort, Sungkai, Perak pada 19hb. Disember 2009. tak caye??? pi kat sini http://pakcumy.blogspot.com/2009/12/antara-disiplin-fam-dan-fifa.html
Thursday, December 10, 2009
mode hobi - Sukan SEA Laos 2009
Sukan SEA di Laos dah bermula... kat Malaysia suam2 kaki jerr.. kalo tak sedara mara ahli keluarga sahabat handai atlit.. dan segelintir peminat sukan tanahair.. takde orang amik port pun pasal sukan sea kali nie.. sebab ape?? RTM tak buat liputan langsung (live ataupun hailait)!!!!!
kenapa RTM tak buat liputan?? Isu yang ditimbulkan adalah Laos dh jual hak penyiaran pada stesen tv swasta.. dan tv swasta tuh akan charge stesen2 tv lain yang nak buat coverage...
persoalannya... kenapa RTM tak bayar?? bukankan RTM itu stesen penyiaran rasmi negara.. dan pembiayaannya melalui Perbendaharaan Negara?? (mahap kalo salah info.. sile perbetoikan) awatnya takleh nak kuar duit untuk cover temasya sukan yang memang dinanti-nantikan oleh peminat sukan tanahair??
sabree cheeek dah wat statement dlm paper perkara ini akan dibincangkan dalam Parlimen.. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sukan/20091210072838/Article/index_html
wakakaka.. ibaratkan kalo kite makan kenduri kawen... time bincang tuh nanti ape yg kite makan dah jadik baje dah wakakakakakaka.. camni ke gomen of the day buat keje wehhh??? takleh anticipate mende nie awei2 lagikkk...??? nonsen fulisy waddefisy etc etc
MOM pun dah tolak tanggungjawab awei2... adehai... takde kejesame betoi la.. kang aku suh wandepet amik alih pangkat2 korang kang.. korang kate menghine plak.. akta hasutan la hape la.. waddefisy betoi!!!
tp drama paling best.. manager team bola kena sound sbb tak dok sekali dgn players di hotel/hostel/Sport village wakakakaka... aiyark tuan menteri.. itu orang martabat tinggi lebih maaaa... takkan taktau.. sedangkan Harimau Muda pun senang2 jerr dorang bubarkan... wakakakakaka
Malaysia Malaysia... kehkehkeh.. Malaysia BOLEN eh BOLEH!!!!
Wednesday, December 09, 2009
mode bola - PAFA lagi
semalam miting PAFA di Ipoh... dari info yang aku dapat.. alhamdulillah sumenye positif.. cume sikit jelah situasi kurang best sbb ada ex-ahli majlis yang tak reti undang2 persatuan walaupun die orang lama dalam berpersatuan neyh... halooo.. mike tuh presiden lantik.. bukan oghang undi.. kalo udah dilantik.. mmg suke ati lerr presiden nak pecat ke hape ke.. mutlak tuh wehh.. ghaje ke embee pun takleh lawan wehhh!!!!
papepun... tak banyak artikel soghat habo edisi 'bace bole pecaye jangan' berkenaan situasi posotif ini... aku jumpe yang nie jerrr...
kosmo online (sori tak beli dah)
PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) memperuntukkan RM2.5 juta kepada skuad Seladang bagi menghadapi Liga Super musim depan.Presiden PAFA, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin berkata, peruntukan kewangan itu akan digunakan untuk membayar gaji pemain dan pegawai serta bayaran-bayaran lain.Sehubungan dengan itu katanya, pemain tidak perlu gusar kerana gaji mereka bagi 18 bulan akan datang sudah disediakan. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm
versi2 yang lebih berintegriti seperti berikut:
http://www.seladang.net/2009/12/perak-fa-mesyuarat-ahli-majlis-8-disember-2009/#more-1187
http://perakexpress.com/www/2009/12/08/tidak-timbul-isu-letak-jawatan-president-pafa/
kalo nak dengar sendiri ape tuan Presiden cakap... cekidaut kat sini: http://pakcumy.blogspot.com/
Tuesday, December 08, 2009
mode bola - Persatuan Kena Sepak Lagik..
wakakaka... berite yg dh basi sbb betahun2 sudah keme dah tahu.. hari nie baru official di dalam soghat habo... ape beritenye..??? cekidaut di bawah...:
kosmo online (aku tak beli dah.. sori!!)
REKOD 'cemerlang' Pahang yang tidak pernah turun ke liga bawahan berterusan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan skuad Tok Gajah itu akan kembali bersaing dalam Liga Super 2010 yang ber- mula 9 Januari depan.
Pahang sebelum ini sepatutnya telah tersing- kir ke Liga Perdana 2010 setelah tewas 1-5 ke- pada Selangor dalam aksi terakhir Liga Super 2009 pada 25 Julai lalu, sekali gus menduduki tangga kedua tercorot. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm
berita hairan
SEPERTI satu sandiwara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpatah balik daripada keputusannya untuk menaikkan Harimau Muda ke Liga Super, sebaliknya memilih mengekalkan pasukan kedua tercorot musim lalu, Pahang dalam keputusan yang pastinya akan mencetuskan dakwaan 'pilih kasih' di kalangan pengkritik bola sepak tanah air.
Sejak sekian lama, teori konspirasi berlegar bahawa Pahang - negeri Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah - akan diberi layanan istimewa dengan jawatankuasa pertandingan tempatan akan merombak format Liga Malaysia memastikan mereka kekal di pentas elit sungguh pun mereka sepatutnya beraksi pada Liga Perdana, musim depan. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Sukan/20091208001106/Article/index_html
tahniah Pahang... anda memang berhak main di MSL (Malaysia SyiokSinndri League)... main la macam gumpunk sekalipun.. dok la kat nombor bape dalam liga tuh... anda masih diperlukan di MSL... TAHNIAH!!!
kepada FAW/Geng 3 Hurup etc etc... THE IDIOT IS STILL INSIDE AND THAT IDIOT CREATES THOUSANDS OF IDIOTS IN MALAYSIA'S FOOTBALL HISTORY!!!!
shem on yuuuuuuuuuuuu
*nape la aku minat bola.. kene kencen hanceng bau jeghen dgn FAW pun.. aku dok layan lagi bolasepak tempatan neyh... arghhhhhhhhh
Monday, December 07, 2009
mode cuti - lame mc bang
perghh.. aku kompom sakit mate bermula petang AidilAdha hingga ke hari Rabu yang lepas.. skrg masih lagi dalam recovery mode.. kat mate still ade merah2 tapi aku dtg jugak ofis.. dokter bagi mc sampei sabtu lepas.. baik beno Dokter Salmi kat Klinik Kita Cheras Perdana.. aku tak koje hari sabtu pun nak dibaginye mc hehehe.. (perhatian, Dokter Salmi ini adalah seorang lelaki, maka tiada diskriminasi jender dalam pemberian mc aku ekekeke)
dan di kala aku mc.. enset aku sekali lagi jahanam akibat terbasuh sekalik dlm washing machine.. hahaha mmg kes naya.. nak online kat umah punye le malas.. gile mmg kualiti time betoi dgn waif dan anak2.. alhamdulillahhhhhh
hari nie dah masuk ofis, ada projek2 baru akan berlangsung.. canteekkk.. kene plak Malaysia kalah dgn VIetnam ptg smlm (kome tau ke wujudnye game nie smlm??) lagi smgt dtg ofis sbb nak provok pencinta2 FAW wakakaka... skuad terbaik kunun.. budak darjah 3 yang baru pandai beremosi tgk bola boleh le deme kelepet... tak caye???.. kome bace penulisan2 penuh emosi aku di tahun 2006 ke 2007... berapa kali daaa kene kencen dgn FAW neyh kehkehkeh
lagi satu cite.. Boted (Hamsani Ahmad) ngamuk pasei bebudak Y4E pertikai statement die dalam KOSMO.. sekali Boted info kat member aku yang die cakap sikit jerr dan budak KOSMO tuh yg tulis panjang lebar ikut sedap tok die nak bace.. cekidaut punye cekidaut.. takdak plak nama penulis artikel tuh.. sekali cite camni pun paper nak kelepet ke??? sorry KOSMO.. kome ilang sorang pembeli.. maybe aku beli KOSMO AHAD jerr sbb waif aku nak baca penulisan Sharifah Sofea kekekekeke...
kepada Boted... kot aku ade meluahkan ghase tak pueh ati.. aku mintak mahap.. moh kite caghi budak KOSMO tuh dan mintak die wat artikel mintak mahap.. tuleh sedap lutut die jerrrr.. tak pasei2 mike majuk dgn geng2 Y4E ye Boted!
Monday, November 30, 2009
mode bola - layan sampai kol 4 pagi
mlm tadi layan bola.. sampai kol 4 pagi... celsi menang 3 gol tanpa balas di Emirates Stadium.. Barca plak menang 1 gol tanpan balas die Nou Camp...
sebut nama2 stadium tuh, kompom satu Malaysia tahu kat mane lokasinye.. nahhh.. cite plak pasal stadium Ismail Nasarudin Shah.. aku rase orang ganu jerr tahu stadium tuh yg mana satu... kehkehkeh.. klue die.. bukan stadium yg bumbungnye runtuh satu ketike nan lalu...
la nie tgh meghoyan nunggu cite Perak main ke idak MSL sizen 2010... meghoyan bukan ape sangat.. nak tau sape lerrr nak jadik hero melayu edisi eee (kalau taktau, sila rujok tukartiub) kehkehkeh...
dah.. nak balik umah... mate still meghah.. ade harapan sambung cuti sampai wiken.. kalao doktor bagilah..
Wednesday, November 25, 2009
mode gossip - lembab nak mati

Wednesday, November 18, 2009
mode bola - perjuangan baru bermula
kepada yang sudi membantu... harap dapat sumbangkan sedikit derma untuk Persatuan BolaSepak Perak (PAFA) melunaskan segala hutang piutang yang ditinggalkan segedabak Banjaran Kledang oleh kepimpinan terdahulu (specifically pengurusan PAFA tahun 2007-2008)
derma ini akan disalurkan terus kepada Presiden PAFA melalui http://www.yob4ever.com/ boleh bagi by hand pada aku.. ataupun transfer jerr dalam akaun Maybank aku: 162441011494.. nama2 korang akan aku apdetkan di dalam yob4ever sebagai antara penyumbang dalam menyelesaikan masalah ini..
tujuan derma ini adalah untuk memastikan pasukan Perak kekal di dalam Liga Malaysia pada sizen 2009/2010.. walaupun sakit hati akibat PAFA yang menjadi mangsa pergolakan kerajaan negeri Perak.. dari dok diam sakit camtu jerrr baik kita sebagai rakyat Perak ambil tindakan proaktif dalam menangani perkara ini.. nahhh... inilah masenye untuk membuktikan bahawa politik tidak akan mengganggu gugat bola sepak Perak!!!!!!
semoga pasukan Perak akan terus berbekalkan semangat penyokong!!!
Friday, November 13, 2009
mode gossip - aku sokong kamu

Tuesday, November 03, 2009
mode keje - langkawi langkawi langkawi
apekeheinye asik ke langkawi jerr... ate mane muatnye.. udah koje.. dapat juge duit lebih sket.. tapi dlm nak dpt duit lebih.. kuor pun kene melebih2 wakakaaka... yelah!! sekali datang kompom rm500 melayang2... tambah plak kalo aku kene stay kat awana porto malai.. udah macam umah ke 3 dah... kekekekeke... tapi still tak dpt rege moghah tahap gaban..!
hari nie aku kat langkawi lagik.. semalam sampai hari khamis balik.. yang nie takde dlm skediul asal aku.. nie kes ganti orang la nie.. dtg n balik pown naik MAS.. duduk plak kat Sri Intan.. sesunnguhnya Allah memudahkan aku yg still blm dapat2 lagik duit yang ade member sorang tuh tolong simpankan dalam akaun bank die!! kekekekeke... ramai yg taktau kes neyh.. jadikan ia sebagai sejarah jelah ekekekeke
dah2... nak setat koje balik.. calossssss
Thursday, October 15, 2009
mode ofis - kerje macam biasa
huhu.. tingat plak kate apai.. bile aku apdet jadual.. mmg macam orang gile keje ekekeke.. ate nak buat cner yob.. kite kooli.. ghope itu lerrrrr gayenye...
nie jadual semasa sehingga bulan november... nampak macam takde mencabor sangatlah skediul tebaghu neyh izi mizi jerrrrr ekekeke... cekidaut.!!!!
11-14 Oct - Teambuilding ITIS batch 1 @ Sri Intan, Langkawi
19-20 Oct - Time Management @ ofis (TMTC KL)
21-23 Oct - Teambuilding ITIS batch 2 @ Sri Intan, Langkawi
24-25 Oct - TMTC Family Day @ Marina Cove, Lumut (wakaka apai hang jgn gelak!!!)
29-31 Oct - Teambuilding State Penang @ Penang
3-5 Nov - Teambuilding State Sarawak & UTES @ Kuching (tbc)
9-11 Nov - Teambuilding ITIS batch 3 @ Sri Intan, Langkawi
11-13 Nov - Teambuilding ITIS batch 4 @ Sri Intan, Langkawi
16-18 Nov - Teambuilding ITIS batch 5 @ Sri Intan, Langkawi
21-22 Nov - Teambuilding TM GLT @ Pangkor (tbc)
papehal.. Alhamdulillah takde la terkorban sangat weekend aku dengan tanggungjawab keje... tak la macam b4 Ramadhan hari tuh... eh.. aku kene dok pulau seminggu?????? hadoihhhhhhhh..!!!!!!
Friday, October 09, 2009
mode gossip - Kona Baring
selamat pagi Jumaat, 9 Oktober 2009 bersamaan 20 Syawal 1430 Hijrah.. kepada yang masih belum selesai puasa sunat 6 Syawal.. ada saploh hari lagi dehh.. errr ape kene mengena dgn kona baring nie?? mmg takde kene mengena wakakaka!!!
fes, kome tau ke kona baring nie ape?? bagi aku, para perempit sejati spt Imam Pengkalan kompom tau lah.. kona baring nie ibarat aksi penunggang motosikat MotoGP mencecahkan lutut semasa layan corner.. tapi penunggang kat jalan2 biasa di Malaysia lagik hebat.. bukan takat lutut.. tapi mmg siap terbaring.. kadang2 tuh tak perlu selekoh.. jalan lurus pun jadik.. sebab itulah jadik kona baring...
sebenarnye aku nak cite mende neyh... tadi.. otw nak dtg ofis.. aku dipaparkan dengan babak stunt penunggang motosikal yang jatuh akibat emergency break.. brader tuh jatuh selang 3 bijik motor di depan aku.. seb baik la jalan tak berapa licin dan takde motor yang folo rapat dengan die.. kalo tak mau jatuh 2 3 bijik motor lagi termasuklah aku..
maka teringatlah aku dlm bulan ramadhan yang lepas... aksi lebih hebat telah berlaku depan mate aku.. brader 'A' terjatuh sebab kereta yg dekat dgn die tukar lane imidietli... sebijik motor yang ditunggang brader 'B' di blkg Brader 'A' tak sempat break lalu terus melanggar motor beliau.. brader 'B' dan motornye same2 melambung ke udara lalu mendarat kecemasan di atas jalan raya dlm keadaan brader 'B' pakai helmet dan baju keje! kejadian nie berlaku berdekatan stesen LRT Bangsar.. seb baik brader 'B' tak rempuh brader 'A' yg mase tuh dok terbaring kat sblh motor die.. dan seb baik jugak aku folo lorong kiri.. kalau ikut lorong tengah sure aku pun baring same...
dan tingat plak aksi aku terbaring di jalan raya satu mase dulu.. otw pegi ofis.. elok jer kuar tunnel JLn Tun Razak berdekatan RHB dan Kedutaan Indonesia, aku sendiri menekan imejensi break dari melanggar seekor VIOS biru yang tukar lane tibe2 tak abih masuk lane.. dari aku langgar lampu belakang VIOS biru tuh baik aku baring jerr.. kalau orang langgar aku, die yg kene saman! kekekeke.. aku ingat lagi, dlm kejadian nie.. mase nak angkat scoot tuh aku dok tingat pecah ke tidak cover depan scoot aku.. aku baru ganti tuh.. yang lame dh pecah akibat scoot aku yang tergila2kan sebuah teksi lalu meghodok beliau dari belakang wakakaka...
moral of the story?? kepada penunggang motosikal.. cilok tuh cilok jugak.. tapi kene ingat bab2 kete akan tukar lane.. jgn cilok suke ati kome jerr!!! yang bawak kete.. tuka lane tuh bagi la signal.. amik la mase sket.. jgn tukar suke ati kome jerrr!!! kita takleh tukor orang lain.. tapi kita boleh menukor cara kita sendiri...
*setakat nie.. mmg aku tak pernah tgk live action yg lebih hebat seperti menyusup bawah lori pastu tak kuar2.. menyelinap di celahan kereta pastu tibe2 terlantar bawah kereta.. meniarap atas motor tibe2 meniarap atas strecher... na'uzubillah
Tuesday, October 06, 2009
mode cuti - bile dah kawin... errr bukan aku!
Selamat pengantin baru untuk anak sedaghe aku, Ejoy dan Dijah.. semoga berbahagia hingga ke Syurga Ilahi..
nie la pengantinnye..
rombongan Tok Sidang Din ke Changkat Rambutan
nie jerr gambor family aku dgn pengantin
majlis belah Ejoy di Silveritage Galleria Ipoh..
susah benor nak dpt gambar Umairah yg proper
Alhamdulillah.. selesai dah kenduri kendara ejoy neyh.. tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau di sebalik tabir.. sepakat membawa berkat.. setuju ke tak setuju ke.. muafakat sekeluarga telah mencemerlangkan majlis nie..
tenkiu jugak pada kakyong dan Yob selaku tuan rumah sebab memberi kebenaran untuk aku extendkan invitesyen kepada geng2 y4e.. ala bukan oghang lain.. kawan2 si Jebat Ipoh tuh jugak (takde gambor sebagei bukti.. pemaleh betoi la si Jebat Ipoh neyh).. maka sampeilah si Chaeir, Lipan, Syahir dan Chai serta soghang pleya Perak yg mana identitinye terpaksa dirahsiakan kerana mendapat sambutan hangat anak2 sedaghe aku ekekeke... tak ketinggalan Uncle Fly yang singgah sebentar membeli gula (ayat2 asas dalam pembikinan pantun kehkehkeh)
kepada anak2 sedaghe di perantauan.. harap maaf sebab tak sempat nak online.. sibuk bebeno melayan tetamu2 yang datang.. udah macam tuan ghomah jugak!! atau dlm bahasa mudahnya.. sori, ai takde mase!!! kehkehkeh...
mode cuti - bila dah raya
maleh nak cite panjang.. kome tengok jelah gamborrr
Zidan berkemahiran mengaco pulut dan santan..
1st time mengisi pulut ke dalam lemang setelah 2 tahun bercuti dari beraya ekekeke
bakul untuk diisi buluh telah diisi oleh Abang terlebih dahulu
hujan.. sakit tekak jerr aku melaghang.. lantak kome lerr.. demam pun demam lerr janji pueh ati..
mode ilmu - ingat2 le mati dah dekat
Filipina dah kena.. Indonesia jangan cerita.. Malaysia dah gegar2 goyang2 dah.. jgn buat taktau yerr dengan amaran Allah neyh.. yang ngelat ibadah (solat 5 waktu paling utama!) bawak2 la diri ke tikar (skrg karpet daa) sejadah... yang mengecek bawak2 la becakap benor.. yang merasuah bawak2 la amanah.. yang pendendam bawak2 la jadik pemaaf.. yang pemarah bawak2 la jadi pensabar.. pendek kata (bukan pendek akal).. memana perangai ala2 setan tuh bawak2 la mengucap dan mohon ampun pada Allah...
petikan di bawah diambil dari e-mail yang dihantar oleh seorang sahabat dari NGO HALUAN...
Untuk makluman peristiwa gempa bumi tersebut telah berlaku pada rabu 30 sept jam 17.16 petang dengan kekuatan 7.6 ritcer yang mengorbankan setakat hari hampir seribu lebih nyawa. Gegaran susulan pada 17:58 Gegeran kedua pada khamis 1 okt jam 8.52 pagi.
Jika dilihat waktu gempa bumi adalah pada 17:16, 17:58 petang dan pada 8:52 pagi. Jika dirujuk kepada ayat-ayat Allah swt pada nombor-nombor tersebut.
17:16 (Al Israa’ ayat 16)
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17:58 (Al Israa’ ayat 58)
“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8:52 (Al Anfal ayat 52)
“(Keadaaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengkitnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi Amat Keras siksaanNya.”
Tuesday, September 15, 2009
mode cuti - raya sakan
tetibe banyak plak entry aku neyh (jika dibandingkan dgn bulan Ogos 2009 semestinye banyak) hahahaha... dengan ini aku nak declare cuti aku seperti berikut:
Tarikh mula: 16 Sept 2009
Tarikh tamat: 30 Sept 2009
plan cuti belum finalise.. aku ingat ikut suka jelah.. ala teluk sareh - lekir - ipoh bukannye jauh sangat pown.. nak kompairrr dgn kenkawan jenis kampung ujung2 sempadan spt jb + kangaq (nie ade kes adik2 mmu aku sepasang suami isteri...)
so maybe ade entry terbaru selepas ini ataupun selepas oktober..
papehalll... para perantau sekalian.. jangan lupa live telecast kenduri kawin Ejoy yang bersiaran terus dari Silveritage Galleria, Ipoh pada 27 Sept nanti...
Sekian.. wassalam........
Monday, September 14, 2009
mode keluarga - jemputan kenduri
mode bola - buke pose y4e 2009
salam...
perghhh... dh nak raye dah.. nie la posting tunggal aku (kot) dlm bulan september neyh... raye2 nanti jgn harap nak nuleh2.. aku nak raye sakan ekekeke.. so tanpa lengahkan cite... details event seperti berikut:
tarikh: 12 September 2009
venue: Kinrara Golf Club
Jemputan: 51 dewasa dan 30 kanak (jemputan bayor sendiri ekekeke)..
hailait entry kali nie adalah.. abg mamat khalid, bile mike nak rejista jadi member rasmi y4e? soh jerr jambeso buatkan nic mike...
coretan abg mamat kat fesbuk (facebook le tuh) y4e...:
mula2 deme nyebut grup yob4ever ni teman masih ingat beno. masa tu teman tgh sakit gigi. betambah sakit rasanya bila nenguk wakilnya si jambesor datang mcm pegawai perangkaan dtg nak buat banci.
teman skeptikal. org perak mana reti bersatu. semuanya handei2 hidup sendiri. cari makan sendiri. hidup jegela tak sior peduli saper pun. mulut besyior lawyer yg burok. taunya mengataaaaaa je org perak ni. (mana taknya, filem pertama teman pun dalam malaymail mengata bunuh2an karya teman tu oleh org perak. meor pun lagi. dia le yg buat citer main2 cinta tu)
kalau sorang gi mancin. kalau bedua ngata si polan. kalau berempat sembang bawah pokok boleh gulinkan gomen!
tapi (melayu byk tapinya) tapi bila teman campor dgn mengkomer ahli yob4ever ni, teman mula diam. rupanya ramei beno perangei elok org perak yg teman tak tau ujud lagi. pakat beno. hormat sesama komer. kuat kepala keluarga (ada sekor tu kulu kelior dukung anak) -aku saspek die ngate aku neyh ekekeke- dan ugama tak lari dlm hati.
kerana becampor dgn komer baru le abg paham. org perak memang besatu (teman je tak reti sbb teman rasa diri teman warga peranchis kut), sememangnya handei2 cari makan di tempat orang, hidup memang jegela suka melawak bila bekumpui. ada je yg menjentik buat lawak (majoriti pelawak mmg dari perak pun). memang gemor mengata tapi ngata org perak bukan ngata bawak padah. saja mulut kita jelebor gamaknya.
nak gulingkan gomen tu org perak ni omputih pun berani kita munuh kan? politik ni je teman tak beberapa nak stadi sbb teman golongan wali2 langit ni memang tak lut pun dgn hakisan politik.
teman harap beno le kalau boleh grup ni di kembangkan lagi dgn adanya warga yob bukan melayu. baru le kita benor2 dapat me4everkan harapan kita menjadi grup yg bermakna bukan saja dlm arena sukan mahupun dlm arena dunia. dgn niat hati semulajadi org perak, kita mampu.
itu org perak pada hati teman. ---->> Pengarah tesohor Mamat Khalid
so.. makluman kepada anak2 sedara aku yang di perantauan tuh.. pandei2 le caghi makan kalo elaun belum masuk ekekekkee
Thursday, August 20, 2009
mode ofis - aku dah balik
aku dah kembali ke pejabat... penat jangan cite.. kalo ade vires H1N1 yang berdekatan.. kompom tak sempat nak hinggap.. aku dah pegi tempat lain... alhamdulillah... aku sihat wal-afiat...
merata aku pergi sepanjang 3 minggu nie.. ulang alik KL-melaka-KL sebanyak 3 kali.. iklan ke Pulau Tiga, Sabah sekali (takkan nie pun 3 trip ekekeke) dan jugak ke Kalumpang sekali.. owh ya tidak dilupakan Thistle Port Dickson Resort (dulu nama dia Guoman Resort)...
aku nak share gmbr tapi rasenye gmbr dlm laptop n camera lagik.. sume kat umah.. nanti la next week aku dah betul2 bertenang.. aku apload la selow2.... wokeh?!!
dah.. aku nak sambung koje... ripot merata-rata nak kene siapkan.. calosssss

